Saturday, January 17, 2009

cerita tanpa kesinambungan.

hello hello good people, i'm F. Frantic

Tahun ini aku telah dikerahkan ke seksyen 9. Aku sebagai budak P1 berterimakasih sahaja kepada pihak kolej dan uitm kerana masih lagi sanggup untuk menerima aku sebagai pelajar. (Ayat habis sadis) Aku juga tak kisah dengan wang mara sebab aku rase memang aku tidak layak untuk menerimanya. Aku juga tidak reti untuk menguruskan wang aku. Silap haribulan nanti aku terbeli kereta pula karang. Hahaha. Entah-entah nikah terus. Hahaha. Terus-terang aku katakan rakan kelasku agak suram tahun ini. Sukar aku ingin berkawan dengan mereka. Aku cuma berkawan dengan certain people dan aku hanya rapat dengan mira, lokman dan kecik. Semua adalah rakan-rakan aku di section 6. Aku masih tiada story yang padat agar aku dapat bercerita dengan mereka. Lecturer pula, haisshhh. Aku kasihan pada lecturer BEL 260 (prepatory for MUET) aku. Lecturer itu lawa, tapi kelas itu sangat boring dan mengantukkan. Subjek BEL ialah subjek score aku. Aku risau sebab aku kurang berminat nanti, keputusan aku kurang memuaskan. Tidak mengapa-lah. Aku akan cuba juga.


Oh ya. Aku telah menambah koleksi kasut baru aku. Sepasang Onitsuka tiger model mexico baja original okay. Ira telah membelikan padaku sebagai hadiah tahun baru. Tapi ira bagi RM330 je. Iman tambah lagi RM50. So cukup ah. Sebab sepasang RM379.
Kotak kasut aku ada tandatangan Loque Butterfingers beb! Aku pilih model itu sebab model itu agak rare dan jarang nak tengok orang pakai. Mostly malaysian pakai jenis core line yang serupa dengan pirate punya yang kau orang boleh tengok berlambak dekat silver planet/ stylo/ damage/ depan manchu dengan harga RM60-RM100. Kau orang boleh bezakan original dengan pirate. Senang cerita beratnya, kualiti material dan warna kasut itu sendiri. Boy pula telah membeli sepasang macbeth baru. Siudd je. Mentang-mentang macbeth aku dah rabak. Hari-hari aku usha kat the gardens. Kali ini aku berani sarung dengan megah sebab ia original. Onitsuka tau, bukan onizuka. hahahahaha. Mira oh mira.
Boy pun nak market.
Front view.
Side view.
the famous tiger stripes
Back view
Inside view.
Kan dah cakap, loque sain.
Thnx ira. Mwah Mwah.

Aku sudah kurang masa untuk online. Aku hanya ada masa untuk melihat dorm. Aku juga tidak berubah perangai bangun lambat aku. Kesian loqman kerana terpaksa kejut aku setiap pagi dan amira sebab tiap pagi akan lewat kerana aku. Sorry guys, sorry sangat. Again, i am so sorry. Soorrryyyy. Aku tidak tahu mengapa, yuni juga telah avoid aku. Adakah aku tersilap cakap or something? Yuni, if you are angry with me just bagitahu je. Yah.


Tahun ini juga menyaksikan ramai rakan aku di kolej ditendang dan juga menukar diri mereka di kolej/ universiti lain. Selepas warden lain dah uruskan hostel, aku dapat lihat pelbagai perubahan pada hostel ini. Kipas telah ditukar, pintu ada tombol, lampu bernyala dan buat masa ini tiada masalah air lagi. Alhamdulillah. Disebabkan itu juga, sabri dengan rela hati bersetuju untuk membayar duit penggunaan barang eletrik kolej sebanyak RM20. Baik betul sabri tuh. Berdasarkan maklumat yang aku terima, hasil kutipan duit ATAP (Tabung Aktiviti Pelajar) ialah RM8.5 juta. Kepala otak dia. Jika satu aktiviti ingin dibuat, kitorang cuma boleh mintak RM3000 je. Tiga ribu itu cuma kutipan dari 30 orang la seyh. Bukannya banyak aktiviti pernah buat dekat kolej aku ini. Tiap-tiap kali aktiviti, kelab insaniah yang buat. Semua based on agama je. Tiada hiburan langsung. Macam sia-sia je kitorang bayar duit atap tuh. Aku rasa better mansuhkan pembayaran itu sebab dah macam sia-sia je. Duit itu hak pelajar, dan sepatutnya biar satu badan yang dikendalikan pelajar untuk menguruskan wang itu. Bayangkan, RM8.5 juta. Banyak sangat. Aku dengar, last few sem, ade senior nak buat akustik night pun kene banned function tu. Apa kolot sangat kolej ni? Even rektor kolej aku pangkah si pengarah kuat cover market tuh.

Curse you, The Director of Kolej Poly-Tech Mara Bangi.
I hate you till my life meets the end.
-Fikri Frantic-

9 comments:

Amira Zafirah said...

kadi oh kadi ;D

Unknown said...

haha...
nak kawen?
apsal x ajak aku??
em.. nvr mind..
nge~~~~~~;D
oyte! maw mntx pndpt ler..
aku ni agak bangang dlm memilih kasut..
aku maw membeli kasut sport yg slesa dpakai, sesuai dgnku n jeans ku..
bleh suggest somethin?
yg aku ade sumer heels yek..
so, mmg aku x brpengalaman psl kasut sport nih!
help me plz?
sila hubungi sye mlalui myspace krane sye sudah add kamo0...
(^,^)

eyqa myqa said...

kadi!
tak perlu tayang kasut kott!
nyampah nie.

Miss Deiana said...

eyt..tayah bayar ag wet
atap 2..
smpan je n beli atap
br 4 ur home..haha

Nadnod Azizan said...

giler ar.. mahal giler kasut tu n giler baek kwn u ;D

hdiah tahun baru? wow! ;D

Nazly Mahyunni said...

AWK!
KASUT KITE PON BARU..
nak share masok dlm blog awk bley?
hahah..

Diyana said...

bumbum, sedih seh bc ur new post :(
anything i can do to cheer u up? u tell me okey
i'm just a phone call away from u buddy.

Anonymous said...

salam,ko ni keja nak kutuk dari belakang je..cuba ckp depan2..baru la dorg tau masalah ko...

Anonymous said...

hahaha..agak poyo lar tunjuk kasut ONITSUKA ni je.kotla SUPRA,SB's ade la jugak stylenye.Tak pun ade pic ONITSUKA satu almari ke.Byk lagi kene blaja kat STREETTHING bro.just LEGIT!