Wednesday, January 7, 2009

recent random update

recommendation : As I Lay Dying - Forsaken


Terima kasih kepada pembaca yang sudah lama menunggu update di laman blog aku. Atas kekurangan masa dan harga penggunaan kafe siber di kediaman kolej aku yang agak kurang hajar harganya, aku pernah hutang okay sebab duit tidak cukup. Akhirnya aku dapat juga peluang aku untuk bertemu internet free di perpustakaan kolej. Aku sudah memotong pendek rambut aku seperti budak sekolah. Sangat pendek. Jika kau orang jumpa aku, mesti gelak punya. Aku juga sudah berpindah dorm. Dorm baru aku berhadapan dengan masjid dan kedai mamak. Malangnya pihak pengurusan asrama yang bengong sudah menutup lubang tikus di pagar dan menyusahkan aku dan rakan-rakan sebilik untuk mendapatkan bekalan makanan di malam hari. Berat badan aku semakin meningkat. Jika aku berjumpa dengan rakan-rakan, aku akan menjadi mangsa seksaan makanan kerana mereka akan paksa aku makan. Aku rasa mereka akan jadi kurang senang jika aku kurus kot kott. Aku sudah hilang sense of humor aku. Sial afiq, kau panggil aku lembu. Nak kene love bite ke apa? haha. Ouh ya, selamat tahun baru dan selamat maal hijrah juga. Aku sudah menjangkau umur 19. Beberapa bulan sahaja lagi. Jangan lupa untuk memberi hadiah pada hari tesebut ya. Banyak soal betul orang menanyakan aku menyambut tahun baru dimana. Aku bergerak dari kolej aku ke kuala lumpur pada jam 1040 malam. Aku tiba di kl central tepat jam 12 malam dan dapat melihat bunga api dari jarak jauh. Aku berpusing di bandar metropolitan itu. Aku naik monorail dan menuju ke bukit bintang. Boring. Aku pergi ke pavi pula. Di sana ada function clubbing gitu. Suka pulak aku! Tengok ramai hipster berpakaian full dress top man alah-alah indie lah, skinny and stuff. Plus plus this one guy dressed like hardcore dengan short plus bandana punya. They all shuffle la okay. Bapak huduh shiaall. Aku terus tutup muka dan beredar. Kemudian aku berjalan kaki ke klcc pula. Di sana aku terserempak dengan rakan kolej. Tidak tegur pun. Masih terdapat dentam dentum bunyi bunga api berkumandang tatkala aku melalui pintu ampang entrance klcc. Then dah boring juga, aku ke Quattro avenue K. Tengok band apa ntah main cover lagu rock zaman bapak aku plus muse sket.Dah habis perform, ilyy text aku menanyakan aku dimana, masa itu aku bersama beca, sabri dan zaf. Kitorang decide nak jumpe ilyy kat bukit bintang. Zaf ajak kitorang try jalan baru ke bb ikut belakang red bungalow. On the way ke sana, zaf dan aku decide untuk lumba lari jalan straight dalam 45 meter kot. Zaf itu perempuan, tapi berbadan guy. haha. Lumba dah cantik dah, laju dan laju tetibe je kasut si zaf tanggal. Haha. Gelak-gelak aku. Punyala exited aku lari. Kitorang sampai ah kat bb around 15 min like that. Ilyy bwk kawan die syudd, dan jaja. They all like taktaw nak stay mana. Kesian punya pasal, aku invite diorang tidur ramai-ramai in a room kat hotel bb. Tapi lain bed ah, pompuan atas, laki bawah. Okay. itu je yang boleh aku cerita pasal new year. Okay, aku tiada berubah like last sem di kolej. Aku tetap memakai seluar hitam suave, tali pinggang hitam suave, kasut macbeth aku yang dah rabak, baju kelas lama plus baju-baju kemeja lama papa time papa kerja kat melaka dulu. Brand orlando okay. Tapi dah lama sedikit ah. Still pakai bag extreme dan bag tepi tropicana life. Wawa sudah memberikan aku sehelai tali leher jenama my tie pada hari pembukaan kolej sebelum wawa pergi ke melaka. Ira dah ada plan nak belikan onitsuka tiger model mexico 66 baja. Terima kasih sangat. Yah, masa tamat. Ada ke patut kelab insaniah mewajibkan budak sem 2 ke ceramah diorang. Aku harus melarikan diri!! Dahla homework banyak. Bengkek je hati aku.

7 comments:

Amira Zafirah said...

Tapi lain bed ah, pompuan atas, laki bawah

ahaha. aku fikir lain. bule?
:DDD

bo0dak kechik said...

hahaha...
ksian...
hutang kat cc dah bayar belom?
btw..
im still waitin for the next update..

Little Nyonya said...

haha gila kan..
budak ranbut bengkok itu bersama mu..
muahahaha..

eyqa myqa said...

fikri busuk

eyqa myqa said...

ltr aku cte!

izza the PINKERTON said...

tak mampu baiii.. kalau mampu ye ar beli ori. :)

YusofHaq said...

cun kasot Onitsuka Tiger kaw
PINJAM! :)