Friday, October 23, 2009

Seminggu

"i'm sick of always playing dead", Set it Straight - Playing Dead.

Minggu ini adalah minggu yang paling menekankan hidup aku. Kesihatan aku juga menjadi dinding penghalang aku untuk belajar.

Kerja-kerja untuk markah tambahan:
Ujian Lisan & Bertulis Bahasa Arab : Selesai
Lakonan & persembahan kretif Bahasa Arab : Selesai
Karangan Bebas Bahasa Inggeris : Selesai
Ujian, Kuiz Matematik : Selesai, penuh bergaya
Ujian Kemahiran Asas Bola Baling : Selesai
Pertandingan Bola Baling : Selesai, Juara BM111 Semester 3/Julai 2009
Perbicaraan Mahkamah Pelajar : Selesai, dibenarkan mengambil peperiksaan akhir.

*Aku masih belum mengambil ujian management, nasib baik pensyarah aku baik beliau memberi peluang aku untuk mengambilnya pada hari Isnin, 26 Oktober pada jam 1:00 petang. Diminta rakan-rakan untuk mengingatkan aku jika aku terlupa.

Ini jadual peperiksaan Akhir Semester aku, jangan ajak aku keluar pada tarikh berkenaan.

1. Jumaat, 30 Oktober 2009, 8:30 Pagi : BEL 311 (English)
2. Rabu, 4 November 2009, 9:00 Pagi : MGT 162 (Management, kertas ulangan)
3. Jumaat, 6 November 2009, 8:30 Pagi : CTU 241 (Ekonomi Islam)
4. Isnin, 9 November 2009, 9:00 Pagi : MAT 140 (Matematik, kertas ulangan)
5. Khamis, 12 November 2009, 8:30 Pagi : ECO 162 (Microeconomics, pasti gagal)
*Aku sudah memotong rambut aku pendek lagi kemas untuk peperiksaan akhir tahun, sesiapa yang ingin bergelak ketawa sila lihat rambut aku. Diharap aku tidak menerima apa-apa lagi kertas saman pada semester ini.

Doakan kejayaan aku, dunia dan akhirat. Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha x)

Friday, September 4, 2009

Current Obsession


Nah, ambil muka gay aku.

Hehe, aku sudah ada mood untuk membebel di sini. Sudah lama aku tidak merepek meraban. Segala kekusutan aku akan dilepaskan kepada anda wahai pembaca sekalian.

Intro : Mak ouh mak
Yelah mak, sebab dah lama tidak lepak dengan kau, terus tidak kenal aku. Suka nak sentap, saje nak bagi aku sedeh. Then letak kat blog kau tulis tak kenal aku? siudd gile okayyy. Aku sayang segala jenis rupa kawan aku, inikan pulak kau. Mak oi, harap paham ye nyah, kadi tidak pernah lupa akan jasa baik kau. Baik buruk kau pun, kau tetap mak kepada anak-anak ikan kau dan sentiasa sayang kau.
mak kuat sentap.

issue #1 : Busy week.
i. malam merdeka, 30 Aug 09
Tidak seperti malam merdeka semasa semester 1, aku, wawa oya dan khira telah melarikan diri bersama-sama toyota unser (angsa) wawa pusing-pusing menghabiskan minyak area shah alam dan sunway (sila rujuk blog yang sebelum ini, aku tiada masa untuk mengulangi cerita itu). Pada tahun ini, tarikh yang sama, pelakon yang sama ditambah dengan pelakon-pelakon baru iaitu seorang akak yang menetap di rumah oya, juga telah diculik oleh wawa kali ini untuk berbuka dirumah wawa. Oya menyuruh aku untuk bersedia pada jam 5:15 petang. Wawa datang mengambil aku di hadapan rumah tepat pada waktu yang dijanjikan. Aku pakai seluar panjang dengan tshirt yang agak sopan pada hari kejadian. Vrrooom vrooom, kereta wawa memulakan perjalanan, ke rumah oya. Aku sangkakan oya dah siap, sejam lepas tuh baru oya ngan askar-askar beliau siap. Kitorang meneruskan perjalanan ke rumah ira (rakan kelas) pula. Rupa-rupanya semua gadis di dalam kereta itu tidak tahu jalan ke rumah ira, aku sahaja yang ingat. Selepas proses mengambil ira selesai, wawa memandu laju tanpa segan silu menuju shah alam. Mula-mula aku ingatkan perjalan aku kali ini untuk berbuka sahaja dan selepas berbuka bolehla aku tergolek-golek berterbangan bersama gadis-gadis comel molek di dalam kereta yang tunggang itu. Beberapa scene dalam dalam cerita ini terpaksa dipotong kerana pengarah menganggap cerita-cerita yang dipotong itu tidak menepati citerasa pengguna. Baiklah, setiba di rumah wawa, aku salam orang yang dekat dengan aku lalu lantas duduk dikelilingi gadis yang aku iring. Saat menunggu waktu berbuka yang agak mendebarkan. Azan maghrib berkumandang menandakan masuknya waktu berbuka kepada anda yang berpuasa dan tamat tempoh lakonan anda dihadapan teman wanita kepada anda yang tidak berpuasa. Aku yang serba kemalu-maluan untuk bangkit lantas menyuruh oya tanpa belas kasihan untuk mengambil makanan untuk aku. Makanan berbentuk nasi ayam tiba di atas tapak tangan aku. Aku memulakan dengan membaca doa berbuka. Amiin. Aku menyuap sesuap demi sesuap. Wawa tidak putus-putus menyuruh aku agar menambah, aku yang kembali menyegan kali ini menyuruh wawa pula untuk mengambil nasi. Burp burp burp. Perut aku yang kian membesar memaksa aku berhenti menelan ape jenis makanan yang bakal aku tambah. Aku ingat kehadiran aku di sana sekadar makan sahaja, namun selepas itu orang-orang di dalam rumah itu membersihkan tikar dan menyediakan tempat untuk bersembahyang pula. Aku yang serba panik, lantas mengajak wawa untuk menghilang diri aku. Namun setelah berfikir panjang, aku mengambil keputusan untuk menunaikan sahaja keperluan aku sebagai umat islam. Aku dihulurkan kain pelikat oleh abang wawa. Sekali lagi gadis-gadis yang ikut aku dapat tengok magic pada malam itu, iaitu aku memakai kain. Hahaha. Selesai solat maghrib, tahlil ringkas pula. Kemudian diikuti dengan solat tarawikh dan witir. Aku memang patut dianugerahi dengan pelakon lelaki baru terpower ah. Hahaha. Selesai semua, gadis-gadis naik ke tingkat atas bersiap-siap untuk kembali ke bangi. Kali ini aku ditinggalkan seorang diri. Aku kesepian, lalu dengan penuh bergaya menghantar mesej kepada oya meminta agar beliau turun cepat kerana aku semakin tepu. Namun tiada siapa yang turun menyebabkan aku menyanyikan lagu pria kesepian tanpa iringan muzik. Beberapa puluh minit kemudian, mereka pun siap. Kami terus bergegas menuju ke bangi kerana sudah lewat malam. Singgah sebentar di kawasan shah alam untuk membeli minuman. Sepanjang perjalanan dipenuhi dengan gelak ketawa dan aku pula sebok mengingatkan tentang kisah cinta tidak bertali kami sepanjang tempoh pengajian semester 1. Setiba di bangi, kami menghantar ira dahulu risau akan ibu bapanya marah kerana pulang lambat. Selepas itu ke rumah oya pula. Setelah proses penghantaran mereka selesai, aku, wawa dan seorang lagi gadis ape entah nama beliau lupa sudah mengambil keputusan untuk lepak di mamak seksyen 15. Macam biasa, sesi salah menyalah, minta maaf berlansung tanpa melihat skrip. Wawa segera menggapai telefon bimbitku dan menyelongkar mesejku satu demi satu. Aku yang sudah biasa dengan tabiatnya itu, diam sambil lihat sahaja, itu sahaja yang aku boleh buat. Perut aku kembali lapar, aku mengambil pesanan berbentuk french toast cheese dan air milo. Baru aku tahu masa itu wawa dan rakannya juga lapar pada ketika itu dan aku pun buat baik lalu menyuap wawa sepotong roti telur berintikan cheese itu. Wawa terus jatuh cinta pada roti itu bukan aku. Hahaha. Mereka juga memesan roti yang sama. Selepas selesai makan, kami wawa juga penat untuk drive lagi dan ingin pulang ke rumah oya. Wawa sepatutnya mengejutkan aku pagi itu untuk bersahur dengannya, namun semua telah penat dan kami semua tidak sahur, terma kasih.
Sementara tunggu oya yang tidak siap lagi
Budak tu nangis je masa wawa pegang x)
gadis-gadis x)
gadis-gadis + ira
oya, nak susu!

ii. oya's tears and laughters, 31 Aug 09
Badan aku masih terasa kepenatannya. Pada pagi esoknya, oya pula mengajak aku keluar. Ke mid valley katanya. Aku menurut sahaja perintah puteri intan berlian pengarang buku lali aku itu. Sebab dia sudah banyak kali membantu aku sepanjang tempoh pengajian aku di kolej. Aku yang baru sahaja dapat tidur pagi itu lantas dikejutkan oleh nyanyian nyaring henpon mengajak aku bangun dan menjawab panggilan itu. Oya suruh aku bingkas bangun dan siap sepantas proses penyediaan mee segera. Aku menggapai tuala dan gebush gebush air dingin di pagi hari membasahai tubuh aku. Aku menyarung tshirt rockett dan shorts sahaja pagi itu. Kemudian, aku meminta sabri untuk menghantar aku ke stesen ktm bangi. Kehadiran aku disambut mesra oleh oya, akak keseyangan aku itu. Aku lantas mengalihkan perhatian aku ke arah kaki separuh busuk oya, yeay! akhirnya oya menyarungkan juga macbeth newman yang aku hadiahkan kepadanya itu. Rakan serumah oya sudah menuju ke mid valley dulu, meninggalkan kami berdua. Selepas beberapa minit aku perasan fazley baru tiba dan ketika itu tooon toooon, train juga sampai. Situasi train yang agak lengang pagi itu membuatkan kami mengambil langkah bijak dengan tidak menunggu fazley kerana risau tiada tempat duduk di dalam train yg bakal datang 20 minit lagi. Aku duduk di sebelah oya, bergurau lucah dengan beliau. Setibanya di mid valley, aku terus melangkahkan kaki menuju tanpa segan silu ke kedai 3 point six untuk mencari onitusuka tiger zodiac pack yang aku mahukan itu. Sila rujuk post-post sebelum ini. Malangnya model itu tidak masuk ke pasaran malaysia dan hanya zodiac pack yang tidak menarik perhatian berada di atas rak kasut kedai itu. Aku hampa, lantas membawa diri ke padang pasir mencari oasis. Silap-silap. Itu cerita lain hehe. Aku keluar dari kedai itu dan segera menuju ke sole what kat the gardens. Aku terlihat air max bukan air max : atmos elephant pack yang aku mahukan itu. Tetapi air max model safari yang harga nya juga berpatutan. Aku tanpa memikir panjang, lantas menyuruh amoi di kedai itu mencarikan saiz yang bersesuaian dengan kaki separuh besar aku ini. Setelah disarungkan, oh my god! (oh-tuhanku!) kontra sungguh kaki aku dengan kasut itu. Macam nigger hip hop pakai kasut putih. Haha. Sekali lagi aku hampa dan meninggalkan the gardens terus. Aku berpusing-pusing bersama oya di kawasan sekitar mid valley, pusing-pusing mencari kasut dan bag baru untuk raya nanti. Sepanjang pegerakan aku di mid valley dibasahi dengan air mata hampa aku tidak dapat membeli kasut. Aku juga singgah di toys r us untuk membeli hadiah hari jadi sabri. Aku berpusing sehingga lagi sejam waktu berbuka akan masuk dalam kira 30 minit. Aku masuk ke medan selera oasis. aku duduk dan terlelap terlupa akan telefon bertaburan di atas meja. Aku lelap dan terus dibuai mimpi. Tidak lama selepas itu oya mengejutkan aku untuk membeli makanan untuk berbuka, nasib baik telefon aku masih berada di atas meja. Aku membeli nasi itik yang berharga rm12.90 dan air milo air oya cap oya sendirian berhad. Azan maghrib berkumandang menandakan masuknya waktu berbuka kepada anda yang berpuasa dan tamat tempoh lakonan anda dihadapan teman wanita kepada anda yang tidak berpuasa. Aku makan dengan kelajuan yang agak maksima kerana aku ingin pulang awal kerana ada kelas awal di pagi esoknya. Selepas makan aku dan oya bersiar-siar di boulevard dan saling melepaskan geram. Kami pulang selepas itu tapi terimakasih pada khira kerana pasal khira kadi ngan oya pulang lambat.

oya & gigi aku
akulah optimus Boyot!

iii. Berbuka bersama ML amnesia & Dian Adora, 3 Sept 09.
Setelah puas memujuk lokman, aku berjaya mengajaknya untuk berbuka puasa bersama. Memang agak lama kami sudah tidak keluar bersama semenjak semester 2 lagi. Aku mengambil peluang itu untuk mengajak rakan baik aku itu untuk menjamu selera bersama. Dian juga bersetuju dengan pelawaan aku itu. Aku telah disuruh bersiap sebelum jam 6:15. Setelah bersiap, lokman dan dian datang mengambil aku di rumah sewa. Aku turun dan lokman memecut laju ke alamanda risau jika tiada tempat untuk berbuka. Setelah tida di alamanda putrajaya, aku segera mendapatkan mesin ATM untuk mengeluarkan wang dan dua orang rakan ku itu segera mencari ruang kosong di kenney rogers. Malangnya tiada lagi tempat kosong di situ. Lalu aku menukar pelan untuk berbuka di Secret Recipe pula. Syukur, di situ aku berjumpa dengan JB, boifren Aqilah rakan kelasku. JB segera memberi aku tempat untuk duduk. Kami dilayan mesra oleh waitress di situ. Aku memesan chicken gordon blu (aku tak reti eja weh), dian memesan speghetti meatball dan lokman pesan apa entah aku pun tidak mahir sangat tentang menu di situ. Beberapa minit kemudian, Azan maghrib berkumandang menandakan masuknya waktu berbuka kepada anda yang berpuasa dan tamat tempoh lakonan anda dihadapan teman wanita kepada anda yang tidak berpuasa. Makanan tidak lagi sampai. Kami cuma berbuka dengan kurma dan air sirap pemberian kedai. Tidak lama selepas itu, makanan sampai. Aku makan, dian makan, lokman makan. Burp Burp Burp. Aku kenyang, lokman kenyang, dian juga kenyang. Selepas membayar bil, kami bergerak dan ke pusat permainan video. Di situ aku diajak oleh dian untuk bermain dance dance revolution. Aku diayam-ayamkan oleh dian kerana aku lupa yang aku sudah gemok. Kerana tidak berpuas hati, aku mengajak lokman untuk bermain game King Of Fighter. Aku gunakan api kemarahan aku untuk beraksi di medan permainan itu. Selepas memilih karakter, aku membelasah lokman dengan agak teruk juga. Lokman juga bermain dengan penuh perasaan sehingga mesin token itu bergegar tatkala tangan lokman menggerakkan joystick. Namun kemengan tetap berpihak kepada aku walaupun kalah tipis pada pusingan kedua. Aku menang pada set 1 dan 3. Haha. *gelak takbur. Selepas itu, kami meninggalkan perkarangan pusat game dan lepak di luar alamanda untuk mengambil udara segar bebas virus H1N1. Kemudian lokman memberi idea untuk ke pusat karaoke. Malangnya kadar harga yang tidak berpatutan menghalang kami untuk mengeluarkan suara pada hari itu. Kami masuk semula ke dalam alamanda dan berlegar-legar di dalamnya. Aku kembali datang mood untuk membeli beg, namun sekali lagi aku hampa kerana semua tidak menepati citarasa aku dan kawan-kawan. Ramai juga penuntut kolej pakar tipu melayu (kptm) di situ. Aku yang masih hampa, segera membeli buih sabun yang berharga RM7.95 jenama toys 'r us untuk dituip di dalam kereta. Semasa ingin membuat bayaran, ada sorang budak ni, dia beli sekali setengah dozen bubble tu. Aku agak cemburu dengannya. Hahaha. Sebelum pulang kami singgah di lecka lecka untuk makan gelato kegemaran aku itu. Kami lepak di taman dan makan lagi. Selepas itu, aku yang agak penat mengajak mereka pulang walaupun aku berat sebenarnya.

ini aku punya, sedap woh.

ini lokman.

ini pula dian, anak baru mak.

aku dah lama tidak ambil gambar sebegini rupa.
lokman lapar
selesai makan.

tiga orang.

lokman market lebih.

dian, dian dian.

lecka lecka time


dian habiskan dulu x)

wek wek wek x)

iv. An evening with Dian Adora, 4 Sept 09.
Setelah pensyarah manegement aku bertindak menukarkan kelas hari jumaat kepada hari selasa. Aku buntu untuk melakukan sebarang aktiviti. Kebuntuaan aku terhenti kerana dian dengan bergayanya mengajak aku keluar menonton wayang di mid valley pada petang itu. Selepas solat jumaat, lokman mengambil dian di rumah sewanya kemudian aku di rumah sewa aku la, takkan rumah sewa kau pula? Lokman kemudian menghantar aku dan dian di stesen LRT bandar tasek selatan. Setibanya di stesen, aku meminta agar destinasi pergerakan kami malam itu ditukar. Dian juga paham kerana mid valley hanya boleh memberi aku kehampaan kerana tiada kasut baru yang bakal aku beli di situ. Dian bersetuju dan kami bertukar haluan ke bukit bintang. Selamat tiba di kl central, aku segera menambah nilai kat touch n go aku. Kemudian aku segera menyembah mesin ATM cimb dengan harapan ada duit di dalamnya. Ya, duit masih banyak. Aku dan dian segera mengambil langkah dan bergegas mendapatkan monorail. Sepanjang perjalanan ke sana, aku terlihat seorang mat salleh memakai sepasang Nike Air Max 1 warna hitam. Sumpah aku terbakar masa tu dan jika dian tiada, sudah pasti aku akan memaksa rakanku di rumah untuk menyamun mat saleh itu tanpa belas kasihan. Dian tergelak melihat gelagat aku. Kami selamat tiba di bb (bukit bintang bukan Bibi 1 Maju seksyen 15 bandar baru bangi ya). Aku terus mengajak dian ke Sole What Satelite Shop di Sungei Wang untuk mencari air max. Setelah berpusing sehingga pening di situ, maka tuhan menemukan aku dengan kekasih hati pujaan hatiku iaitu saudari air max yang cantik molek. Malangnya, tuhan tidak mengizinkan aku beristerikan si air max kerana mas kahwin aku tidak mencukupi. Sepasang berharga rm369. Jauh sekali dalam lingkungan belanjawan aku pada hari itu. Sekali lagi aku hampa dan air mata aku hampir gugur tetapi kali ini dihalang oleh dian. Lantas dian menarik aku keluar dan kami menerukan pencarian kasut raya aku. Aku membawa dian ke extreme pula untuk melihat dan mengenali macbeth dengan lebih dekat. Aku masuk dengan bergaya kerana aku memakai fillmore pada petang itu. Aku disambut mesra oleh pekerja di situ yang sudah kenal dengan aku kerana aku sudah mengangkat beberapa pasang kasut dan beberapa helaian baju dari kedai itu. Banyak model baru masuk pasaran untuk koleksi Fall 2009. Aku agak berminat dengan eliot premium baru kerana warnanya agak menarik hati pada pembelian kali ini, dapat percuma bag macbeth. Setelah berpuas hati, aku keluar dahulu kerana masa masih banyak dan banyak lagi tempat yang aku boleh bawa dian pergi. Kami keluar ke pavillion pula. Kami masuk ke beberapa kedai yang agak tidak penting ceritanya. Setelah bertemu jalan buntu, aku terus mengajak dian menonton wayang. Dian memilih untuk menonton cerita I Love You, Beth Cooper. Aku tidak berfikir panjang, bersetuju dan terus pergi membeli tiket untuk kami berdua. Sebelum wayang bermula, aku mengajak dian untuk pergi ke kedai nike yang betul-betul bersebelahan dengan wayang pavillion. Aku masuk dan terus ke bahagian air max. Ada satu model yang agak murah, kurang dari rm200 harganya. Malangnya, tiada saiz lagi. Aku terus keluar dan menunggu sehingga wayang bermula. Selang beberapa minit, wayang bermula. Aku memberi salam di pintu masuk wayang dan aku dapati tidak ramai orang di dalam panggung yang tidak seberapa dinginnya. Aku menyarungkan sweater behave ku dan terus menonton wayang. Cerita nya agak suram muram menyebabkan aku beberapa kali terlena di atas bahu dian. Cerita tamat, kami keluar dari wayang. Dian menyuruh aku untuk membuat keputusan tentang kasut yang bakal dibeli. Aku meminta pendapat dian. Dian menyarankan aku supaya membeli eliot hitam biru itu sahaja kerana agak cantik katanya. Aku kemudian masuk ke kedai extreme pavillion dan terus membelinya dengan tidak teragak-agak. Selepas proses pembelian tamat, waktu berbuka juga akan tiba tidak lama lagi. Dian mengajak aku untuk berbuka di times square. Baik cik dian, kadi yang menurut perintah. Sebelum tiba di times square, dian singgah di famous amos untuk membeli biskut risau akan tidak sempat berbuka nanti. Setibanya di times square, selepas beberapa perselisihan faham untuk memilih tempat berbuka, aku memilih untuk berbuka di old town white coffee. Kami duduk di situ dan segera memesan makanan. Tiba-tiba, Azan maghrib berkumandang menandakan masuknya waktu berbuka kepada anda yang berpuasa dan tamat tempoh lakonan anda dihadapan teman wanita kepada anda yang tidak berpuasa. Seperti biasa, makanan belum sampai. Nasib baik ada biskut. Kami cuma mengunyah biskut sementara nasi sampai. Setelah puas menunggu, maka muncullah hidangan kami turun dari langit. Aku makan dengan penuh tatatertib dan seharusnya dianugerahi pingat atas kesopananan dan kesusilaan aku pada petang itu. Hehe. Setelah selesai makan, aku mengajak dian berpusing-pusing di sekitar times square sebelum menghantarnya pulang. Masa semakin suntuk dan amat mencemburui aku dan dian. Aku kemudiannya mengajak dian pulang dan terus bergegas ke stesen kl central. Di situ aku membeli sepaket biskut famous amos untuk dihadiahkan kepada Daya ngek untuk hadiah hari jadinya yang ke 39, maaf 19. Hehe. Selepas itu, kami terus turun ke platform dan menunggu train tiba. Train dian tiba dulu. Walaupun berat, aku terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada dian. Train aku juga tiba selepas itu. Aku pulang ke rumah dan terus berjumpa dengan daya ngek untuk memberi hadiahnya sambil menunjukkan kasut baru aku. Aku pulang ke rumah sewa dengan hati yang lega.
Mekaseh ya Dian, layan kadi satu hari suntuk.

Issue #2 : Inventory
i. I Love Macbeth episode 4.
Terimakasih kepada dian kerana memilih Eliot Premium Black/Teal untuk menyarungnya di pagi raya. Aku akan memakainya di kolej selepas raya. Harga macbeth di extreme juga sudah turun, kawan-kawan jangan tunggu lagi. Dapatkan sepasang macbeth sekarang juga!

Beli kasut baru dapat bag ya. Tapi afieq dah rasmikan dulu.

tapak kasut

belakang kasut

tepi kasut

atas kasut.

ini zaf, kaki aku dengan beliau sama besa
zaf dah rasmikan dulu, memang lekatlah bau kaki zaf x)


ii. Almari rest in peace.
Setelah hampir 3 bulan berkhidmat kepadaku, almari sementara kesayangan aku pemberian mama akhirnya runtuh mencium lantai pakir rumah sewaku. Kerana terlalu banyak barang besar diletakkan di belakang almari itu, batang besi penyokong itu bengkok dan sudah tidak mampu untuk bertahan dengan lebih lama. Tepat jam 1:20 petang pada 7 september 2009ia rebah sendiri di dalam bilik. Dengan bantuan Jamal dan motor besarnya, aku dan jamal terus ke kawasan putrajaya untuk mendapatkan almari baru. Setelah memilih dengan bergaya aku dan afieq bersetuju untuk membeli almari kayu dengan harapan ia tidak akan musnah seperti alamari lama aku. Terimakasih, RM120 aku melayang petang itu, nasib baik afieq bersetuju untuk split dengan aku. Almari itu sampai pada keesokkan harinya dan aku terus bertungkus-lumus mengemas bilik aku itu seorang diri. Dengan kebijaksanaan aku, almari lama yang telah roboh aku jadikan tempat menyidai tuala.

Almari lama, rest in peace 07/09/09. 1:20 tengahari. Lihatlah betapa bengkoknya tulang belakangnya.

inilah pembunuh almari lama aku.

aku sayang akan almari lama aku ini, aku berikan penyepit love kepadanya semasa ia masih teguh.
macam bangunan runtuh pun ada juga.
Bilik aku agak bersepah petang itu.
banyak rupanya harta benda dalam almari aku.
pergi mencuba almari baru, almari itu sama besar dengan aku. Maka kadi adalah sebesar almari badannya.
yeay! almari baru. New born baby, 08/09/09!
ruang atas ruang afieq.
ruang bawah untuk aku. Aku mengakui yang aku ada banyak sangat baju.
dahulunya sebuah almari, kini penyidai baju dengan batuan kretiviti aku.
Semua buku lama aku sudah humbankan kedalam gaung.
Ruang atas almari, aku harap ia kuat untuk menahan segala beban diatasnya.
Saja tayang kotak kasut x)

Outro : Last shout.
Kehidupan aku kini kian tidak teratur, nasib baik kali ini ada dian untuk mengejut aku di pagi hari. Aku yang semakin semak, rambut juga sudah panjang kembali. Selamat berbuka untuk kawan-kawan yang berpuasa.

"Live your life to the fullest, don't bother about other people. Simply point your middle finger if they laugh at you"


Cheers, fikri frantic.

Saturday, August 29, 2009

akhirnya

sudah lama baki akaun aku tidak melebihi 3 digit. hahahaha.

Wednesday, August 26, 2009

Recently.

Listen : White Shoes & The Couples Company - Senja.

1. The Fucking Thief.

Babi, *mencarut sebentar. Selepas komputer riba zaf yang disimpan di bilik Sabri hilang diambil orang, kini rumah zaf pula dimasuki pencuri tangan gatal. Laptop kedua zaf dan dua orang rakannya diambil orang. Hantu punya pencuri. Kejadian berlaku pada hari pertama puasa. Masa itu aku, sabri, afiq dan zaf baru pulang berbuka bersama keluarga zaf. Tiba-tiba teman serumah zaf menelefon zaf untuk memberitahu tentang kisah itu. Lantas kami bergegas ke balai polis untuk membuat laporan tentang kejadian tersebut. Aku berharap rakan-rakan lain yang tinggal di rumah sewa akan lebih berwaspada selepas ini supaya kejadian yang sama tidak berulang.
kesian ini makhluk ajaib, sebulan dua kali pergi balai


*aku bersama si tidak bersalah.

2. Aiza's partttyyy.
Terimakasih sebab invite kadi pergi. Sumpah kadi kenyang puas hati dapat makan banyak kambing ngan ayam. Burp Burp Burppp. Gembira juga sebab dapat spend time ngan lokman & nadia. Ampun ya cik aiza, lokman tidak memberi keizinan kepada kadi untuk membeli hadiah. Marah lokman tau.


invitation card x)

Lokman pun ada juga


happy birthday to you, happy birthday to you.

mereka heroin aku.



Ini yang semua orang dapat apabila kadi mabuk


I'm fucking need you like the air i'm fucking breathe


hehe, sudah kene ikat.
Wanie paksa kadi ambil gambar dengan beliau.

Ini kekasih Aqilah.

Semua lawan nak dapat title superhero Aiza.

Lim dah pandai meniaga buntut x)


3. Kemahuan di pagi raya
Aku mahu ini sahaja. Lain tidak mahu. Boleh lah boleh lah. Jika sesiapa belikan aku kasut ini, nescaya aku akan berhenti merokok dan akan ke kelas pada setiap hari, percayalah. Harganya aku tidak pasti, tapi aku mahu juga walau apa cara sekalipun.






Nike : ATMOS x AIR MAX
3. Iman ouh iman
Ini iman, beliau sudah diberikan sebiji Mexico 66 Oleh gadis beliau dan beliau minta aku meletakkan gambar beliau di blog ini.
Mexico 66 Original Stripe, tidak ori sila campak ke longkang.

4. Siti Najwa Anak Azman.
Sumpah kadi rindu kamu, sila pulang ke shah alam secepat mungkin. Nanti boleh berbuka bersama seperti semester 1 dahulu.
wa, i missed everytime we hugged each other.

5. Outro
Esok aku ada ujian matematik yang sepatutnya aku sudah lulus semasa semester 1. Doakan aku berjaya dengan cemerlang, terimakasih kerana sudi membaca.

Tuesday, August 25, 2009

Salam Ramadhan Rakan-rakan.

*papa tiada plan untuk membeli baju raya pada tahun ini, sekali lagi aku memakai baju melayu coklat yang sudah aku pakai dari tingkatan empat.

Selamat berpuasa, semoga bulan ramadhan ini memberi seribu satu makna. Hadapai segala godaan nafsu dengan tabah, berbukalah dengan kesederhanaan dan selamat makan malam kepada yang tidak berpuasa. Maaf zahir batin.

Friday, July 17, 2009

No roses, No skies.

Mama baba, god knows how much i missed home

blog update request : Amira Chaos, congrats sebab dah dapat recruit anak ikan baru. I like! I like!
Listen : Robot Asmara - Mimpi
Issue #1 : Selamat Hari Orang Tua
Faruq dan Oya sudah menjangkau usia 19 tahun juga akhirnya. Sudah besar panjang mereka akhirnya. Tapi oya macam tu lagi, tidak besar lagi. Hahaha, *hanya aku dan anak-anak mak je tahu apa. Aku pun agak kekaburan nak bagi apa untuk birthday mereka sebab pada hujung semester lepas aku telah membelikan oya sepasang Macbeth Newman, sehelai tshirt logo macbeth dan sehelai boxer katak pada beberapa hari sebelum hari jadi beliau. Faruq juga mahukan sepasang macbeth untuk hadiah hari jadinya, tapi kene ah tunggu dulu sebab macbeth aku pun dia dah pakai so susah aku nak mohon kasut baru. Hehehe, kawan-kawan mintak, apa salahnya. Maka, aku yang sudah kekurangan wang cuma dapat membelikan mereka berdua sepotong kek seorang. Untuk oya aku belikan blueberry cheese cake dan untuk faruq, aku belikan chocolate apa entah susah sangat nak eja dan sebatang rokok dunhill dengan ucapan selamat hari jadi dan mak dan anak-anak. Terimakasih juga pada faruq kerana tidak mengajak aku dan Sabri yang telah beberapa kali mengutip kau di johor masa kau bosan untuk hadir ke majlis hari jadi kau. Tidak mengapa, aku ngan Sabri sentiasa sayang dan memahami kau, tot.


Oya, aku sayang kau dan akan terus menyayangi kau.

Faruq dah tua tapi bontotnya makin mengecil dan faruq mempunyai vokal yang terbaik semasa menyanyikan lagu happy birthday to me nya.

Issue #2 : Handphone ku sayang.

Sadis aku ingin bercerita tentangnya, Nokia 6500 yang telah sekian lama berkhidamat kepadaku sudah mahu nazak. Aku ingin bawanya berjumpa dukun dan bomoh untuk berubat. Rakan-rakan menyarankan aku supaya aku menjual telefon tersebut untuk membeli telefon baru. Sumpah, aku tidak akan jual babyku itu. Kemungkinan aku akan menambah lagi sebuah selepas semua hutang aku pada rakan-rakan selesai. E71? W705i? 3310? pilih je boss.

Issue #3 : Duit, Duit & Duit lagi.

Aku perlukan wang, dengan kuantiti yang sangat banyak. Cukup untuk membeli sebiji jet pejuang pun cukuplah. *merepek meraban juga aku ini. Aku perlu membayar bil telefon, duit buku, duit sewa, duit makan minum dan nafkah untuk isteri bini juga. Sekali sekali teringin untuk membawa rakan-rakan serumah dan sekolej untuk makan di tempat luar biasa mahalnya. Sumpah dengan kawan-kawan aku tidak pernah berkira.

Issue #4 : Kolej Tercinta

Aku agak panas hati terbakar dengan sistem pendaftaran baru yang agak menyusahkan itu. Ramai pelajar terkandas di bilik gerakan untuk menguruskan jadual mereka kerana kali ini kolej telah mewujudkan sistem yang agak kurang ajar lecehnya. Kami pelajar uitm, dan kenapa pihak kptm pula yang perlu buat sistem sebegitu? di sistem uitm semua mudah tapi pihak kptm yang buat semua orang pening.

Issue #5 : Amira & Loqman

Amira dan loqman merupakan rakan baik aku dari semester 1, susah dan senang kami masih bersama lagi. Mereka berdua selalu membantu aku dan sentiasa mendorong aku untuk berjaya. Gaduh macam mana pun, kami tetap baik juga. Aku agak sedih kerana aku ditempatkan ke seksyen 9 dan aku keseorangan di dalam kelas itu. Aku perlukan lagi masa untuk berbaik dengan rakan kelas baru aku. Aku rindu masa kitorang gelak-gelak bahan rakan sekelas bersama, selalunya amira dan loqman akan kejut aku setiap pagi dan menunggu aku di depan pagar hostel namun sekarang tiada lagi kerana masing-masing sudah ada jadual dan kelas lain. Sudah lama kami bertiga tidak ke Rasa Alamanda untuk menikmati makan tengahari kami. Walau apa pun yang terjadi, aku akan pastikan persahabatan aku, mira dan loqman tidak akan pudar.
If there's a story to tell, it's all about our friendship


*aku menangis di dalam kelas, namun tiada siapa yang tahu.

Issue #6 : Junior ouh junior


Kolej aku sentiasa menerima kedatangan pelajar baru dari semua pelosok bumi malaysia ini. Macam-macam jenis pemakaian yang keluar sepanjang pemerhatian aku dalam beberapa hari lepas. Ada yang ayu, sopan, menjolok mata lagi menaikkan nafsu pun ada. Wahai adik-adik, silalah pakai mengikut etika, nanti kene kompaun baru tahu. Sumpah aneh-aneh je. Ada yang macam pelayan bar, pekerja Jusco, stripper pun ada gak, percaya cakap aku.



Issue #7 : Outro

Aku lapar, belum sempat makan lagi. Tiada siapa mahu menyuapkan aku. Terima kasih kerana sudi membaca.

Wednesday, July 1, 2009

bangi,season three

*maaf gambar separa lucah tiada dalam post kali ini.

Listen : Sweet As Revenge - My Sweey Lullaby.

intro, kptm the college i cursed the most.
Syukur, aku masih bernafas walaupun sekian hari aku mencari maut dengan kepulan-kepulan asap marlboro merah. Aku masih lagi mengekakalkan status sebagai pelajar kolej pakar tipu melayu bangi-ladesh. Aku kini menetap di rumah sewa seksyen 15, bandar baru bangi. Baju rockett aku juga sudah kembali ke pangkuan aku. Aku sudah bertekad dengan penuh semangat membara untuk mengambil 8 subjek sekali gus. Sudah malas untuk hold subjek lagi, sudah serik dengan kesempitan dada dan kesemakan kepala. Pada hari pendaftaran aku sudah dihadiahkan sehelai kertas kompaun yang aku langsung tidak terima pada semester 2. Namun kepenatan beratur aku dilepaskan kepada penjaga kaunter pendaftaran, puas aku maki hamun mereka. Sepanjang minggu pertama kolej aku tidak melakukan sebarang aktiviti sekadar ke kolej dan mencari rakan baru. Aku sudah memasuki beberapa kelas semester 1, dan aku agak terkejut mereka memanggil aku "abang", geli seyhh. Tetapi qyla busuk percaya cakap aku. Lantas qyla memakai banyak minyak wangi jenama paris hilton untuk menutup baunya itu. Qyla juga mengatakan jerawat di mukanya bertambah, tahniah sebab dapat jadi rakan sekelas aku. Maka setiap hari qyla akan memberi aku sebatang pen baru.

Nightline, chill lepak.
Aku sudah berguru dengan seorang pakar shisha untuk menyediakan shisha sendirik di rumah. Untuk menghabiskan shisha yang aku buat, aku memaksa teman serumah aku untuk menjadi bahan uji kaji aku sebagai tukang rasa shisha yang aku buat, *gelak kejam. Jika aku tiada di rumah, aku lepak bersama nadia skandal dan rakan-rakan mereka. Suka gelak ketawa bersama mereka. Nadia suka buli aku, sebab aku sayang beliau aku layan je dia. Wani suka ambil telefon aku dan mengambil sendiri dan cuba memenuhkan memory card aku dengan muka beliau. Aiza pula busy memanjang dan juga suka mengambil gambar sendiri. Aku juga sudah mewarnakan rambut aku di bahagian ekor dan warna maroon yang aku pilih telah dicadangkan oleh nadia, again nadia lagi. *gelak kejam lagi. Nadia sayang Lokman bukan aku *nadia sedang mendengar lagu sambil menyanyi di sebelah aku. Nampaknya malam-malam nadia akan dodoi aku. Untuk mengetahui siapa nadia, sila rujuk post sebelum ini, bukan NADIAH ANWAR.


Kill Kill Kill, bad news.
Onitsuka tiger zodiac mexico 66 tidak akan memasuki pasaran malaysia, so harapan ah aku nak dapat sepasang. *nangis teresak-esak. Telefon aku semakin nazak, dah nyawa-nyawa ayam lepas kene sembelih. Tuan punya kedai handphone itu tidak mahu membaiki telefon itu kerana pelekat warranty sudah dikoyakkan. *nangis banjir sudah. Loan mara aku sudah habis lagi, maka tiada nafkah untuk isteri-isteri ku, harap maaf. *senyum terus.


Listen: The 5,6,7s - Kill Bill Theme
Shout: Yana, i am really really sorry sebab dah lama tidak gayut dengan you.

Apoloqy, biskut appolo.
Rakan-rakan, harap anda semua faham dengan jadual ketat seksi meksi aku. Jika berkesempatan aku kembali beraksi di ranjang blog dan myspace. Jika berkesempatan, sila hantar pesanan ringkas kepada aku.
Sekian, kesian dan terima kasih. *sifat pemalas aku dah kembali.