Sudah lama kanda ingin mengutus surat ini kepada dinda namun kanda tiada masa kerana pelbagai urusan yang harus kanda selesaikan, namun kanda tidak pernah melupakan dinda walau sesaat.
Dindaku,
Masihkan dinda ingat titik awal pengenalan kita? Gurauan kanda untuk mempelawa dinda menonton filem orang putih di pusat bandar dan dinda teruja dengan ajakan kanda. Kita keluar cuma sebagai rakan biasa. Namun hati kanda sudah terpaut kepada dinda. Tiada ungkapan yang lebih sesuai untuk menggambarkan kecantikan pada diri dinda. Yang sebenarnya, kanda sudah lama jatuh hati pada dinda. Cuma masa tidak mengizinkan kita kerana tatkala itu, kanda berpunya, sama juga seperti dinda. Kanda menunggu waktu yang sesuai, dan ia datang dengan izin darinya. Ya, kanda sedar siapa kanda, jauh sekali darjat kita berdua. Terus terang kanda katakan bahawasanya, amat sukar untuk menambat hati dinda. Namun segalanya berubah juga, sesuatu yang bakal perjalanan hidup kanda. Tanggal empat februari yang indah, dinda mengungkap kata cinta kepada kanda. Kanda amat terharu berkat usaha berterusan kanda, dapat juga kita bersama. Kanda berharap agar perhubungan kita tiada penghujungnya dan kekal abadi sehingga akhir hayat.
Yang mencintaimu,
Fikri Frantic
Kanda cinta pada mu dindaku.
No comments:
Post a Comment