Tuesday, November 25, 2008

random issue

aku suka bahasa malaysia, tetapi di sekolah aku adalah antara pelajar kelas hadapan yang sering mendapat "C"-ilanat dalam matapelajaran BM. Di sekolah aku suka mencipta kod pakaian aku sendiri. Aku benci akan undang-undang dan aku berpendapat bahawa pakaian seragam sekolah harus ditukar. Ataupun, setiap orang perlu ada kelainan untuk mengekspressikan personaliti masing-masing. Aku mempunyai minat dalam mencari masalah dengan cikgu disiplin dan masalah ini terbawa-bawa ke kolej. Kini aku mempunyai hobi baru iaitu mengumpul surat notis kompaun pelajar. Sekian hari aku meninggalkan kota johor, aku kembali untuk melihat apa yang telah dilakukan oleh pemimpin di tanah berdaulat ini. Tiada apa yang berubah, cuma butik MNG di city square jalan wong ah fook dibesarkan. Dan kita dapat lihat gadis-gadis memakai t-shirt kosong satu warna yang ditulis "Mak Nyah Glam" kian membanjiri kawasan bandar. Pelbagai jenis perhimpunan hipster dan poseur yang mengaku mereka adalah indie, indon mahupun india sering berkeliaran di pekan dengan seluar ketat dan baju bertulis aku jiwa jiwang dan sama waktu dengannya. Kebanyakan mereka adalah bekas-bekas mat dan minah gesek lantai, shuffle yang sebelum ini juga menyertai angkatan kanak-kanak emo-sional dan gotik kebangsaan. Kesemua mereka tidak mempunyai identiti tersendiri dan hanya mengikuti peredaran tatkala kerajaan hanya membenarkan remaja atau belia berumur 21 tahun untuk masuk ke kelab ronggeng minum arak hisap ganja. Manakala gig-gig mahupun showcase di sekitar pekan membenarkan kanak-kanak yang baru mendapat lesen dari ibu bapa untuk pergi ke bandar bersama adik-adik mereka. Tambahan pula dengan kehadiran paparazi muda tanpa motif yang kian menular dikalangan remaja. Fenomena memikul kamera mahal pemberian ibu bapa dan beraksi seperti jurugambar profesional. Semuanya terjawab dengan mereka-mereka ini hanya mengambil gambar dalam mod auto. Dan semua gambar yang diambil akan dipaparkan di myspace dan lebih advance di facebuk. Aku juga terpegun melihat pelbagai pertubuhan kongsi terang yang tidak membabitkan parang dan jenayah kian terbentuk. Komunity, kelab tanpa lesen ini terbentuk dengan matlamat tersendiri mahupun untuk menambah market di myspace dan juga memaparkan gambar separuh dada mereka seperti yang dibenarkan oleh tom, pengasas myspace. Sekali lagi ingin aku keutarakan, ini blog aku. Aku juga bukan sedang mengisi permohonan untuk menjadi editor majalah mastika yang penuh dengan penipuan dan unsur menghina lagi cari gaduh. Sekian, terima kasih.

4 comments:

Amira Zafirah said...

fine kadi. you trendsetter.

yes kadi, you loooove surat kompaun and bajet you gempak giler sbb you ade banyak.

yela kadi, youuu je lah reti gune camera besar and tak gune auto mode.

but kadi, my BM mmg always C tp my english always A.

ahha. aku bangge aku melayu pandai giler cakap omputih.

p/s : gaduh jom. i rinduuu nk bertikam lidah wth youu ;))

ML; Mohd Loqman said...

haa.
gado. gado.
lempang kang!
aku pun rindu kau panggil aku PMS.
please htr voice SMS.
Jerit LOQMAN, KAU PMS!
:D

nixirafarra said...

aduh
part mane ek nk start?
erm.
ok.
snapping pic.
xterasa kerana memg daku suka mengambil gambar dari kecik.
;p
aku indie?
stakat lyn lagu bleh la, tp ikot style? xpela.
;p
gamba separuh dada?
ade kot..
;p
sekian terima kasih
:p

Nazly Mahyunni said...

hui..
read ur blog many times..
expecially on diz..
sumpah wat i gelak guling2..
harharhar..
sure penyembuh hati yg lara!!
man ur de antidote of ant diseases..