Wednesday, November 26, 2008

mari belajar memasak

Mama tiada di rumah. Mama pagi-pagi lagi dah keluar rumah. Mama pergi belajar, menuntut ilmu. Mama sedang menyambung pelajaran di peringkat ijazah. Gemok sedang menduduki peperiksaan SPM. Aku lapar. Sangat lapar.Aku lantas membuka peti sejuk. Sosej dah habis, burger dah habis. Aku ternampak ikan salmon yang ayah aku dapat. Bongkah ikan salmon ini amat menggiurkan. Aku mengeluarkan dari peti sejuk. Aku lihat ikan itu dengan penuh sifat kekejaman. Perasaan lapar yang kian menyelubungi minda dan jiwa aku ini membuatkan aku semakin tidak senang duduk. Otak aku bercelaru. Apa yang harus aku lakukan kepada ikan ini. Aku tidak pernah memasak. Makan amatlah bijak, tetapi masak? ouh tidak. Aku pun mencuba untuk memasak seperti seorang tukang masak profesional. Bahan-bahan ini amat mudah dicapai dan diperolehi di sekitar dapur anda. Amaran dari pihak berkuasa, kepada sesiapa yang mempunyai alahan kepada hidupan marin atau akuatik, anda tidak digalakkan untuk mencuba resepi ini tetapi jika anda mahu juga, selepas anda masak sila hantar kepada saya. Alamat boleh diminta tanpa segan silu.

ikan salmon berasap berapi

peralatan :
1. kuali grill brand tefal (cap zebra juga boleh)
2.
sudip
3. Sudu & garpu
4. Dapur gas (arang amat digalakkan)
5. Pinggan untuk hidangan.

6. mangkuk untuk memerap ikan


Bahan-bahan :
1. sepotong ikan salmon
(ikan lain seperti tenggiri, tilapia juga boleh digunakan. Tapi ingin saya ulang resepi ini bertajuk ikan salmon berasap berapi. Ikan lain di lain hari)

2. 5 gram biji lada hitam
3. 1 sudu kecil serbuk lada putih
4. secubit serbuk kunyit
5. secubit garam, jika terlebih ikan salmon anda akan menjadi ikan salmon masin.

6. mentega, kurang lemak untuk anda yang telah banyak lemak

Bahan-bahan tambahan :
1. cecair pencuci pinggan
2. racun pembunuh tikus


Teknik pembikinan :
1. Keluarkan ikan dari peti sejuk. Potong mengikut saiz perut anda. Jika anda sedang berdiet, fikir panjang-panjang kerana ikan spesis salmon amat menyelerakan lagi sedap.
2. Tumbuk biji lada hitam sehingga lumat. Anda tidak digalakkan untuk menggunakan serbuk lada hitam yang telah siap mahupun sos lada hitam kerana anda bakal kehilangan "thrill" menumbuk biji lada hitam menggunakan batu tumbuk.
3. Ambil lada hitam yang telah ditumbuk dan sapukan pada setiap permukaan ikan.
4. Ulangi perbuataan terkutuk diatas dengan menggunakan garam, kunyit dan serbuk lada putih. Tambah serbuk lada putih jika anda suka pedas.
5. Tambah bahan-bahan tambahan jika perlu memandangkan anak jiran anda telah memecahkan pasu kesayangan anda.

6. Letakkan ikan yang telah disapu itu kedalam bekas dan tutup sehingga rapat. Perap selama 30-45 minit untuk mendapat impak perasa yang agak maksima.
7. Sepanjang itu anda boleh log on ke myspace untuk membalas komen dan menghirup udara segar di jendela.
8. Selepas proses memerap, panaskan kuali.
9. Setelah kuali cukup panas. Anda boleh memastikannya dengan meletakkan tapak tangan di atas permukaan kuali. Selepas pasti dengan kepanasan itu, letak mentega.
10. Kemudian letak ikan di atas kuali.
11. Setiap 3 minit terbalikan ikan. Jangan terbalikkan kuali.
12. Agak-agak sudah masak, angkat kemudian hidanglah dengan penuh kesenian.
13. Makan dengan penuh tertib dan jika terlalu pedas, tambah lada putih untuk lebih pedas. Ketika makan, ingatlah pada si pemberi resepi ini.

Perhatian :
Ini adalah resepi sebenar yang telah saya cipta, anda juga boleh mencuba dengan ayam atau daging. Tetapi jika anda dimasukkan ke wad kecemasan hospital berdekatan dengan anda atas sebab keracunan makanan, silalah rujuk syarikat insurans anda. Saya tidak akan bertanggungjawab ke atas segala kecederaan, kesakitan mahupun kematian yang telah berlaku dalam proses pembikinan resepi di atas. Sekian :))


6 comments:

nixirafarra said...

hehe.
syg, kamu sengal.
lap u.
;p

NA. said...

lol
buleh dicuba nihh

Anonymous said...

menarik!
hekhek!

Nazly Mahyunni said...

weh kamo!
racun tikus tu ape function nyer?

Unknown said...

resipi membunuh..
nk try r kat ank jiran aku!

YusofHaq said...

ceeehhh resepi ini mampu mmbunuh org-org yg disayangi jgn tiru resepi Frantic ia amat berbahaya biar kita org masak Fikri mkn walaweh saya kami tinggal menelefon ambulance hehe
:)