Tuesday, November 25, 2008

konsep perihal kehidupan

Aku, aku adalah aku. Dan aku bukan bayang-bayang kau. Aku dilahirkan dengan nama seperti yang tertera dalam surat beranak, kad pengenalan mahupun surat daftar kolej iaitu Muhammad Nur Fikri Bin Mohd Firazan. Pada tanggal 10 Mac 1990 yang indah, aku lahir di hospital besar melaka. Aku tidak peduli tentang kisah lama, kerana ia akan membuatkan kita lupa pada hala tuju kita sekarang. Secara ringkas, aku mempunyai latar belakang pendidikan di sekolah cina, sekolah menengan elit dan sekolah menengah untuk kanak-kanak yang ganas lagi mengancam nyawa. Ibu bapa aku melarang aku untuk menghisap rokok. Maka dengan sebab itu, aku gemar menghisap cerut perisa coklat dengan penapis, filter. Aku tidaklah kacak, bergaya? jauh sekali. Tapi aku suka berkawan, tapi sesungguhnya aku seperti anda yang membaca, memilih kawan. Aku tidak percaya akan kata-kata indahmu yang berkata, "aku sudi berkawan dengan kau, aku tidak pilih bulu." Aku percaya bahawa kepercayaan seseorang terhadap kawannya amat sukar untuk dibentuk, dan dengan kesabaran semua akan tercapai. Aku pernah diberi pendidikan tentang teknik menangkap gambar dan aku gembira untuk mengajar sedikit sebanyak kepada kawan-kawan yang inginkan ilmu dari aku. Aku tidak pernah berjaya dalam alam percintaan. Aku pernah melukakan hati beberapa gadis dan beberapa gadis juga telah melukakan hati aku. Orang menyatakan kepadaku bahawa i am a good lover. Ya, aku terima kata-kata itu. Aku akan treat seseorang gadis itu seperti princess dan aku akan gembira melihat senyuman di bibir gadis itu. Aku suka untuk menulis apa sahaja di blog ini. Ini adalah blog aku, nukilan aku. Kau paham go-blog?

3 comments:

Amira Zafirah said...

kadi, you're great friend.

:)

HafHaf said...

aww,
;D

nixirafarra said...

Aku pernah melukakan hati beberapa gadis dan beberapa gadis juga telah melukakan hati aku.


Ouch! ini agak pedas. ;p
yeah, it's true. u r a great friend.