Thursday, November 20, 2008

Perlakuan di Damansara

Current Listening - Senandung Maaf By White Shoes & The Couples Company

Sesungguhnya kebosanan melanda jiwa sepi kami sebagai rakan sebilik. Keakraban kami terserlah di pagi yang agak suram itu tatkala kami bersetuju untuk melacarkan perjalanan ke rumah kakak zaidi. Lantas, kami sebagai satu pasukan bijak mengatur strategi demi mempercepatkan perjalanan kami. Aku sebagai pengikut dan juga tukang tangkap gambar bersiap sedia dengan pakaian dan kamera digital milik beca yang telah ku cas pada malam sebelumnya. Aku hidu sesuatu yang menarik bakal berlaku tatkala zaidi berpesan kepadaku agar menyediakan tuala mandi dan baju tambahan. Tanpa melengahkan masa lagi, afiq lantas mencari motor ketiga untuk memuatkan aku dan beca di dalam senarai rombongan. Sabri memberi sepenuh kepercayaan terhadap beca keatas keselamatan dan nyawanya sendiri diatas ketiadaan lesen beca. Aku membonceng afiq di atas motor milik farhan yang telah afiq pinjam. Manakala zaidi membawa saudara ayie. Aku yang pada mulanya tidak mengetahui destinasi perjalanan kami, menyuruh zaidi untuk menunjukkan jalan ke rumah akaknya. Tanpa segan silu kami memulakan perjalanan dari kolej menuju ke jalan besar. Sebagai juru gambar aku mengambil gambar rakan-rakan di atas lebuhraya. Kami berhenti seketika di stesen minyak BHP untuk mengisi tong-tong minyak yang sudah menjerit mendahagakan minyak petrol agar disuapkan ke mulut mereka. Setelah mengisi minyak, kami menyambung perjalanan kami. Sehingga di Salak Selatan, kami berhenti seketika dan memberi peluang untuk zaidi berbicara dengan abang iparnya tentang jalan ke rumah abang ipar tersebut. Aku mencuri dengar perbualan tersebut. Aku terdengar Damansara, Damansara? Aku kesal Zaidi tidak memberi tahu kepadaku tentang hala tujuan kami. Jika diikutkan, jalan dari Puchong jauh lebih dekat jika dibandingkan dengan jalan dari Kuala Lumpur. Lantas, beca yang lebih arif tentang jalan di sekitar KL, mengambil posisi sebagai tukang tunjuk jalan. Berpusing-pusing sehingga kami melepasi Mid Valley dan bangunan TM. Kami berhenti di tepi jalan, dan sekali lagi zaidi menghubungi abang iparnya untuk mengetahui arah mana perjalanan kami. Setelah memastikan segala jalan dihafalm kami sekali lagi kembali ke jalan dan sehingga di Lebuhraya Damansara Puchong, aku pula yang menunjuk jalan kerana aku lebih arif tentang jalan di situ. Tidak lama kemudian, kami tiba di perkarangan bangunan stesen tv3 berhampiran one utama, rakan-rakan ku bertanya ke mana arah seterusnya, dengan segan silu aku memberi isyarat terus dan mereka segera faham akan isyarat mudah aku itu. Kami tiba di bawah kondominium akak zaidi. Zaidi singgah di kedai serbaneka seven eleven, bukan seven seas. Di dalam kedai, ada skrin yang menayangkan video U mobile yang agak kelakar. Di situ aku sempat bergurau senda bersama mak cik yang menjaga kaunter. Aku, zaidi dan makcik itu tergelak besar. Kemudian, kami bergegas ke rumah akak zaidi yang tidak jauh dari situ. Selepas parkir motor di tempat yang disediakan, kami ke rumah akak zaidi. Di situ, kami disambut oleh keluarga akak dan abg iparnya. Kami menghabiskan masa berbual dan makan dengan hidangan yang disediakan oleh tuan rumah. Selepas itu, kami terus bertanya dimana kolam renang. Setelah diberi penerangan, kami segera bersiap dan terus ke kolam renang. Kami meninggalkan zaidi utk bersama-sama dengan akaknya. Aku, beca, sabri, ayie menuju ke kolam renang. Kami berhenti di taman permainan, dan kami menangkap gambar bersama. Kami juga agak segan tatkala sepasang kekasih dan seorang lelaki melayu sedang bermandi-manda di kolam yang sama. Menyedari kehadiran kami, salah seorang daripada mereka mengangkat kaki lalu pergi berkemungkinan tidak selesa dengan kami. Kami tidak mempedulikan tentang alam sekeliling lantas mengenakan pakaian renang dan terus mencapai gigi air. Kedinginan air dapat dirasakan tatkala badan kami ditenggelami air. Kami bergura-gurau dan saling beradu tenaga di dalam air. Tidak lama selepas itu, zaidi muncul dan kami segera berlumba renang antara satu sama lain. Ternyata, berat badan tidak memberi apa-apa kesan kerana aku berjaya mendapat tempat ketiga antara kami berlima. Sekian lama di dalam air, kami agak kepenatan. Kami lantas bersiap dan kembali ke taman permainan tadi dan beraksi di hadapan kamera digital beca. Selesai, kami ke apartment akak zaidi dan meminta izin untuk mengundurkan diri. Kami membuka langkah maju untuk ke the curve. Aku sekali lagi menunjukkan jalan. Tiba disana, kami disambut oleh Zaf, teman sabri. Zaf baik dan peramah. Kami agak lapar, terus kami mencari tempat untuk mengisi perut. Aku yang tidak berfikir panjang, meminta agar rakan-rakan mengikutku makan karipap di ikea. Mereka menganggap aku gila kerana dengan karipap agak sukar mencapai kekenyangan yang diperlukan perut mereka. Selepas perbincangan dan persidangan di tengah-tengah the curve, kami mencapai kata putus untuk makan di kfc tesco mutiara damansara. Setelah mengisi perut, kami berjalan-jalan menghabiskan masa di dalam the curve. Aku sempat berjumpa dengan Ali pelakon Kami the series tuh. Dia mengangkat tanganya seperti kami sudah kenal lama. Selepas itu, kami menghantar zaf ke ikano untuk bertemu dengan keluarganya. Setelah penat berjalan, kami pulang ke kolej dengan kepuasan di jiwa.

Gambar sepanjang aktiviti.


selamat tinggal KPTM Bangi (anti-air)




(checkpoint 1 & 2)










badak terjun :)







hello hello the curve (:


2 comments:

Amira Zafirah said...

heeee. mandi kt baby's pool. no wonder la you dpt 3rd place

;DD

amirul iman said...

lu skang dah line2 rempit la sial...

hahaha.