Teenage years: End
Betul, aku hampir menjangkau usia 20. Sudah pelbagai pengalaman dan pemerhatian manusia sekeliling yang telah aku lakukan sepanjang usia aku ini. Aku meminta maaf kerana meninggalkan dunia blogging ini menumpukan sepenuh perhatian aku kepada kehidupan aku seharian. Namun, aku telah kembali untuk beraksi di sini.
College : Time and Table
Seperti semester lepas, jadual aku disusun rapi oleh Kak Sue comel. Tahun ini aku masih menggunakan khidmat beliau dalam penyusunan jadual aku lagi. Walaupun ade gongak gongak namun aku masih boleh co-op kerana masa yang ada boleh aku luahkan dengan kawan-kawan. Oh ya, semeter ini aku mengambil 7 subjek sekali lagi. Arab 2, English(kertas ulangan), Microeconomics(kertas ulangan), Finance, Insurance, Communication for Business dan Cost accounting. Aku harap kawan-kawan dapat membantu aku memperbaiki prestasi aku pada semester ini.
College: Reconcile
Aku masih dalam tempoh untuk berbaik semula dengan rakan-rakan aku setelah kesilapan besar yang telah aku lakukan kepada mereka. Aku sedar akan kehilangan mereka memberi impak dan kesan yang mendalam dalam hidup aku. Aku perlukan mereka kembali untuk bergelak ketawa dengan aku. Namun aku masih memerlukan masa untuk berbaik dengan mereka. So i'm here, alone and cold just like in a belly of a shark.
Financial: Mara
BOLEH TIDAK KAU MASUK TEPAT PADA WAKTUNYA? Aku benci kau, tapi aku cinta kau. hahha
Inventory: Shoes! Shoes! Shoes is out!
Atas sebab macbeth tidak lagi menghasilkan model yang menarik, aku berhenti untuk memakai macbeth kerana pada usia ini tidak lagi sesuai untuk aku memakai sneakers. Aku perlu kelihatan seperti orang yang berada dalam dunia perniagaan, (aku masih tidak percaya aku menulis ayat itu). Aku bercadang untuk membeli vest untuk sesi interview aku nanti. Kemungkinan aku juga ingin membeli seutas jam tangan baru yang bukan digunakan untuk bersukan, percayalah. Fossil maybe?
Holidays: Friends and family
Setelah sekian lama bertapak di bangi, aku bercadang untuk bercuti dan berehat sebentar disamping rakan-rakan dan keluarga. Aku bermalam di melaka dahulu dan berpusing-pusing sekitar melaka bersama makteh dan suaminya. Mereka membawa aku bermain boling, makan, makan, dan makan lagi. Pada hari ahad aku pulang ke johor bersama wan, atok, makteh dan suaminya. Mereka bercadang ke rumah aku untuk menyabut hari kelahiran adik aku, dayana yang telah menjangkau usia 5 tahun pada 14 feb. Akhirnya dapat juga aku lepak bersama encik mahbu yang telah menyepikan diri di Kuala Lumpur. Walaupun tidak jauh dengan aku di bangi, tetapi aku paham beliau agak sebok di sana. Aku juga dapat untuk mengeluarkan sedikit masa untuk makan sushi di sushi king bersama Seven dan Pitit.
Cucuk Telinga : The Bloody Beetroots - Cornelius
Music: New Wave maybe?
Aku perlukan pembaharuan dari segi muzik yang aku dengar. Aku sudah bosan dengar orang menjerit. Aku mahu sesuatu yang baru. Tolong bagi aku cadangan.
Outro:
Oya, aku sayang kau :)
Dan akan tetap sayang kau.
11 comments:
tak nak dengar jerit jerit dah. sakit telinga. dengar lagu mood. silap silap boleh nangis, tak pun rasa macam nak pergi perang zaman jahiliah.
eleh, hari tu kau pegy mos tak ajak. hahaha
ehh, touching plak. ko suka ke pergi tempat bising tengok melayu mabuk? huduh ko tahu. nanti kita pegi jalan tempat lain yeee
baik nad. kalau kau tak bwk aku jalan, aku sebarkan gambar kau stoned. hahaha.
laaaa, tah bila masa pulak aku stoned? hang jangan nak buat onar dekat sini.. cehh, dah rasa macam hang jebat pulak.
haha. salah org. tak guna punye paparazi. haha
haha. blank*
20 already?oke da cukup tua..;p
kau banyak dose kat aku dow. haha.
eh ada oya ya la...
i think u should try mozart!! lol.
btw jom pi tgk kasut.. i ade intention nak beli air max.
Post a Comment