"i'm sick of always playing dead", Set it Straight - Playing Dead.
Minggu ini adalah minggu yang paling menekankan hidup aku. Kesihatan aku juga menjadi dinding penghalang aku untuk belajar.
Kerja-kerja untuk markah tambahan:
Ujian Lisan & Bertulis Bahasa Arab : Selesai
Lakonan & persembahan kretif Bahasa Arab : Selesai
Karangan Bebas Bahasa Inggeris : Selesai
Ujian, Kuiz Matematik : Selesai, penuh bergaya
Ujian Kemahiran Asas Bola Baling : Selesai
Pertandingan Bola Baling : Selesai, Juara BM111 Semester 3/Julai 2009
Perbicaraan Mahkamah Pelajar : Selesai, dibenarkan mengambil peperiksaan akhir.
*Aku masih belum mengambil ujian management, nasib baik pensyarah aku baik beliau memberi peluang aku untuk mengambilnya pada hari Isnin, 26 Oktober pada jam 1:00 petang. Diminta rakan-rakan untuk mengingatkan aku jika aku terlupa.
Ini jadual peperiksaan Akhir Semester aku, jangan ajak aku keluar pada tarikh berkenaan.
1. Jumaat, 30 Oktober 2009, 8:30 Pagi : BEL 311 (English)
2. Rabu, 4 November 2009, 9:00 Pagi : MGT 162 (Management, kertas ulangan)
3. Jumaat, 6 November 2009, 8:30 Pagi : CTU 241 (Ekonomi Islam)
4. Isnin, 9 November 2009, 9:00 Pagi : MAT 140 (Matematik, kertas ulangan)
5. Khamis, 12 November 2009, 8:30 Pagi : ECO 162 (Microeconomics, pasti gagal)
*Aku sudah memotong rambut aku pendek lagi kemas untuk peperiksaan akhir tahun, sesiapa yang ingin bergelak ketawa sila lihat rambut aku. Diharap aku tidak menerima apa-apa lagi kertas saman pada semester ini.
Doakan kejayaan aku, dunia dan akhirat. Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha x)
5 comments:
short hair look nice..
gdluck :)
sabar itu separuh drpd iman cik fikri.
apapun, sila bertahan ya?
ur doing this for your own sake.
take care, babe.
hello! just drop by ur bloggg...ieka here...ermm..still remember me?. haha. anw, link me, buddy! take care! :D
assalamualaikum,,salam knal ya,,,
Post a Comment