Wednesday, December 3, 2008

pergi dan kembali

Currently listening to : Bla Bla Blast! - A Riot In My Baby's Bedroom
Blog Update request by : Nor Hizana

Aku telah menghadapi sakit jiwa yang semakin kritikal. Aku langsung tidak kemana-mana melainkan memotong rambut aku kelmarin. Sumpah tidak nampak seperti baru dipotong. Tapi aku rasa kepala aku semakin ringan. Ouh ya, aku akan melancarkan blog baru untuk rakan-rakan pembaca di blogger. Ia nya akan lebih berbentuk peribadi, tomahan dan tidak sesuai untuk pembacaan awam. Rakan-rakan yang dijemput sahaja akan dibenarkan. Aku tahu ia amat gedik dan poyo tetapi aku sangat risau jika anda jumpa saya di muka akhbar dengan berita kematian, kecederaan mahupun kesakitan. Aku tetap akan menggunakan blog ini untuk penulisan harian biasa. Sila email, ym, comment untuk mendapatkan surat jemputan dari aku. Aku mungkin akan pergi buat beberapa hari. Khamis, 4 disember 2008. Aku akan bermula bekerja di M-suite hotel johor. Bukan sebagai tukang urut lah. Kerja angkat kerusi, susun kerusi. Angkat pinggan, susun pinggan. Itu sahaja. Dan duit hasil titik peluh kerja aku akan gunakan untuk beli sepasang kasut MEXICO 66 BAJA® baja yang aku lihat di mid valley beberapa bulan lepas. Harganya mungkin rm400. Ya, original. Tidak seperti budak gemok di kolej aku yang show off onitsuka tiger pirate, *busuk! Jika tidak cukup kos, aku mungkin akan membeli sepasang lagi macbeth original baru. Sepasang cuma Rm189.90, di mana? rahsia. Pusat ini aku dan rakan-rakan aku sahaja tahu. Dan jika ada lebihan wang, aku ingin menghadiahkan sepasang onitsuka tigress kepada seorang rakan gadis, untuk hari jadinya. Aku juga telah jatuh cinta kepada kasut bata badminton tapak hijau. Kasut itu agak old school dan menarik jika pandai digayakan, tapi susah untuk didapati. Haish. Nampaknya aku akan mengendalakan proses pembelian kamera aku. Aku rasa ini benar, aku telah menurunkan berat badan dengan drastik. Aku kembali ke rumah dengan 85 kg, dan kini berat aku telah menurun sehingga 77.5kg. Otak ah. Rasanya dengan kerja aku mungkin akan dapat memakai seluar sendat tanpa segan silu. Rakan baik aku di ym dan juga orang kuat the ditch project, cruzito akan ke johor pada minggu hadapan. Aku akan mengadakan gathering dan aku merancang untuk bermain bowling di angsana ataupun menonton wayang di city square, kemungkinan besar kedua-duanya sekali. Sesiapa yang hendak mengisi masa lapang mereka dengan berjalan dengan kami, sila atau mesej/comment. Bergerak dengan bas, kepada sesiapa yang ada alahan kepada asap bas sila bawa peti kecemasan. Sekian, terima kasih.

5 comments:

syaa said...
This comment has been removed by the author.
syaa said...

whoaaa
massive weght loss serious r sistah?
proud of yaa!!
BTW
demiiiittt!
kau kurus asl aku tak bahahaha

amirul iman said...

banci kena tag!

pergi blog aku.

=)

Little Nyonya said...

hui!!
mawu kuar yea?
harhar!!
btw!
kamu udah mula keja?
wow! cool!!

red blossom said...

ku maw itot...

x kire2!