Monday, December 15, 2008

frantic's mid-southern massive tour event

Telinga cucuk : Amateur Takes Control - Communication Downbreak
Mood : Unhappy, starving, exhausted.

Okay, let's roll the tape. Aku baru pulang dari berjalan-jalan. jum bikin itu sumarry okay? kali ini tatabahasa aku tidak terkawal kerana fikiran aku bercelaru.

7 dec 2008 - sunday.
Balik ke kampung. Rumah nenek sebelah mama. Sampai je aku terus tidur sebab dah teman papa time papa drive. Sepanjang jalan tuh aku layan lagu entah apa-apa je yg papa pasang.

8 dec 2008 - isnin
Pada jam 2:30 pagi. Aku bangun dari tidur. Sepupu aku, mamat masih lena dibuai mimpi. Perut aku gila lapar. Turun tingkat bawah. Gi dapur. Banyak kot makanan, rendang, ketupat, puyuh, macam-macam ada. Kan raya haji. Aku lantak je semua yang ada. Tiba-tiba granma sapa aku. Terperanjat beruk aku. Sudah habis makan, aku tengok koleksi gambar time granma ngan granpa muda-mudi dulu. Mata aku kembali mengantuk. Aku sambung tidur. Pukul 8:30 pagi aku dikejutkan oleh mama. Mama cam biasa ah dukung aku turun dari katil. Aku memang malas nak bangun. Pagi itu hujan dan angin amat sejuk menggoda aku untuk kembali ke katil. Sarapan, mandi then siap gi sembahyang raya. Niat aku memang hendak ke masjid. Tapi selipar padini pemberian ira aku hilang pagi itu. Geram punya pasal, aku sarung sahaja selipar granpa. Then naik kereta innova papa gi masjid. Pagi itu aku text heeda dengan hanim. Rindu sangat dekat mereka. Hujan lagi, baju melayu aku basah. Sesudah sembahyang, aku kembali ke rumah wan. Aku menunggu selipar aku pulang ke pangkuan aku. Still no signs of my flip flop. Aku segera mencari katil untuk sambung tidur. Tiba-tiba ada seorang pakcik ini datang ajak pergi buat khemah untuk proses sembelih lembu. Aku memang malas nak keluar sebab hujan. Mama paksa aku pergi sebab itu lembu granma ngan kambing mama yang order untuk dayana. Aku lantas menyarungkan tshirt dan seluar panjang. Tiba-tiba sahaja selipar aku pulang. Pergi hadapan surau yang tidak jauh dari rumah granma. Semasa membuat kerja ada seorang pakcik atau datuk ini sebok membebel dan hanya mengarah saja. Hanjeng betol. Sesudah selesai proses memasang khemah, baru lah terhegeh-hegeh pak ngah, papa, sam-chon ngan lokman datang. Sudah siap itu semua, barulah granpa dapat tahu yang lembu ngan kambing tu kene sembelih kat kandang sebab becak, lecak semua dekat kandang itu plus orang semua busy kat masjid. Kitorang semua bergegas ke kandang lembu itu. Cuaca masih hujan dan hari semakin dingin. okay. Korang semua yang duduk kat bandar mesti jarang tengok lembu dengan kambing biri-biri kan? yang korang semua tahu makan beef burger ngan lamb chop je. hahaha. Mari aku tunjukkan dekat korang semua proses sembelih. *amaran, gambar amat ganas darah, yang digunakan adalah darah betol dan bukan dara okay. Tidak sesuai untuk orang yang sedang makan daging. Tarikh pada gambar ade problem.

Never bring your daughter to the slaughterhouse

1. The bull story
Ini lembu, aku bagi dia nama johnny the bull.
This is my uncle. Mak teh's new husband.
Johnny, you're going down. I'm turning you to a sweet beef burger later.
The sweet sound and smell of Johnny's blood
Johnny's flesh. Inilah proses melapah wahai orang bandar.
Berasap-asap perut Johnny masa diorang keluarkan isinya.
Aku ingat intestine, pancreas, stomach ngan liver je.
2.The Sheep Story
Good people, meet Peter the sheep.
Peter, kau akan ku jadikan lamb chop. Bersedialah.
Kan Peter dah mati.
Aku nampak satay, kari, kuah lemak, kebab.

Baiklah, kembali ke wonderland. Petang itu aku tidur dengan lena setelah seharian berhadapan dengan lembu. Tiba-tiba faiz, sepupu aku kejotkan aku. Terkejut aku. Rupa-rupanya aunty marina datang ke rumah granma aku.

Tukar lagu : Oh Chenta Ku - Starlight Stalker

9 dec 2008 tuesday
Mak teh ajak faiqah, ekin ngan ninut pergi genting untuk celebrate diorang punya upsr. Mamat ajak aku stay rumah dia. Situasi sebenar agak mengelirukan dan end up faiqah pergi rumah mamat dan mamat pergi rumah aku. Kembali ke jb pada late night itu. Sampai rumah aku terus mendapatkan laptop, balas komen, dan cek komen blog. Terus aku plan untuk aktiviti pagi esok.

Tukar lagu : Never Give Up Nobita - Quit School To Buy a Doll For Your Valentine

10 Dec 2008 - rabuan
Tidur pukol 5 pagi. Bangun dalam pukol 12. Bangun dan terus mengajak mamat ke town. Jumpa rakan lama semua. Tapi tidak ingat siapa. Mama menyuruh aku pulang cepat kerana pak ngah sudah hendak sampai dan membawa aku ke KL. Pulang, siap dengan bagasi aku. Pak ngan tiba. Rehat sebentar dan terus ke rumah mak teh dahulu di melaka untuk menghantar barang faiqah. Sudah selesai kembali ke highway untuk ke rumah pak ngah. Masa lalu di bangi, aku boleh nampak kolej aku. Rindu lak kat kolej tu. Sampai di rumah pak ngah, aku ajak mamat tengok dvd resident evil yang baru beli.

11 dec 2008 - khamisah.
Lepak ngan member mamat kat haji cafe puchong. Bual-bual hanjing je. Cerita pasal kerja ngan kolej. Aku tidur terlalu lama di rumah pak ngah. Malam itu aku sempat berbual sekejap dengan yana. Aku rindu beliau. Sumpah, loving her is the best thing that i can ever remember.

12 dec 2008 - jumaati
Aku mengajak mamat untuk ke rantai art event. Pagi itu mak ngah volunteer hendak menghantar aku dan mamat di perhentian bas dan aku boleh mengambil bas rapid kl ke central market. Sebelum itu aku singgah online di sebuah kafe siber yang agak laju kelajuan mega bytes nya. Aku sempat mengajak khatyjah adik kesayangan aku untuk berjumpa aku di sana. Selepas itu aku dan mamat lantas mengabil bas ke tempat yang dituju. Setiba di central Market kami naik lrt ke klcc. Selamat tiba di KLCC. Aku dan mamat berpusing-pusing dahulu selepas habis waktu solat jumaat, barulah kami bergerak ke red bungalow tu. Di sana, aku kelihatan anuar. Rakan sekolah ku di hadapan pintu masuk rumah merah itu. Anuar adalah adik kepada akim organiser rantai itu. Sudah berkali anuar ajak aku datang. Baru kali ini dapat pergi. Anuar menyambut kedatangan aku dan ajak aku lepak dulu. Banyak juga yang kami sempat bualkan. Aku pergi ke tingkat atas dan menonton hasil seni anak muda kita. Not bad la kali ini cuma organiser terlalu fokuskan art dan label baju juga tidak ramai yang turun. Aku juga sempat menolong anuar mengangkat sekampit ais 10 kilo kot. Dari depan avenue K ke red bungalow. Aku text tyjah di mana beliau. Tyjah ajak jumpa di KLCC. Aku pergi makan dulu di pizza stall kat food court di klcc. Ok ah, RM14 besar makan 2 orang. Save gila bajet. Dah selesai makan, Aku segera berjumpa dengan tyjah. Ok, khatyjah cantek, sweet. Sebab itu dia adek sayang aku. Sudah selesai jumpa, aku terus ke red bungalow balik. Aku hendak menonton skyjuicecoffee main. Tapi end up si Bob Ku2 gemok tuh yang main. Dahla lagu indon. Fak Fak. Bazir masa je. Tp next band tuh, violet. Smart diorang main. Band ke tiga ntah ape ntah. Diorang Main lagu britney spears. Terus aku blah. Hahaha. Tapi kan, time kat rantai tuh. Ada seorang minah hot ini. Smart ah dia dress up Pakai baju obey, tight ngan kasut macbeth saturday kaler grey. If u readers kenal itu orang, nak number fon. Haha. After aku blah tuh, kitorang terus naik train dan ke mid valley. Mamat hendak mengambil earphone yang sedang dalam proses tuntutan waranty. Sesudah itu aku ke garden untuk melihat onitsuka tiger mexico baja model baru warna hitam merah. Sumpah hot okay. Aku nak! Aku nak!

13 dec 08 - sabtuday
Pak ngah bawa gi jalan sekitar kajang. Booorrriiing. Situ tak best buat jalan okay. Petang itu aku ke melaka naik bus. Sampai di rumah mak teh dah malam. Cousin aku farah, fatin dengan judin dah ada kat rumah mak teh. Diorang bawak satu bucket kfc. Kembung aku makan. Sorry yana, this time i tak boleh tahan. Makan jea. Malam tuh tengok cerita underdog kat star movie sambil makan cendol. Makan lagi. Hahaha.

14 dec 08 - Ahadun
Bangun dan siap untuk kembali ke jb. Ambil bas di melaka central. Harga tiket bas cam kimak okay. Sekeping RM19? Fantek ah! Harga minyak kan dah turun. Okay, di dalam bas, duduk di belakang sekali. First time naik bas duble decker. Hahaha. Sebelah aku seorang awek dari indonesia. Mukanya agak cantik. Tapi beliau sungguh malang. Okay, dia gi melaka central naik teksi. Telefon bimbit dia tinggal dalam teksi tu. Then dia patut naik bas gi KL untuk gi KLIA, tapi dia naik bas gi johor. Dia terpaksa pinjam fon aku dan cancel flight dia untuk ke jakarta. Then time die turun dari bas, dia tertinggal lak jam casio nya kat atas seat. Jam itu ada kat dalam bag aku. Ok. Dalam kol 2 lebih, aku tiba di Johor. Papa lambat ambil. Dalam pukol 3 lebih baru sampai. Then aku naik bus ke city square. Di situ aku menukar bas ke city plaza pula. Setiba di sana, aku jumpa Nad, member aku. Dia dengan member. Sampai di tingkat 3A, aku di sambut oleh pais dan tapai. Pais hand over eos kesayangan beliau kepada aku supaya aku boleh start menembak. Banyak orang yang datang. Ye ah, gig free. Kalau kene bayar, konfem yang datang cuma beberapa kerat je. Aku nak tengok the rhaman perform, tp aku sampai je killeur calculateur yang tengah main. Then si pesawat, kemudian seven collar tees, the times dan last sekali laila's lounge. Itu gig terakhir laila's lounge. Aku berjumpa ramai rakan lama di sana, rakan sekolah, kolej, plkn dan rakan myspace mahupun friendster juga.
ILoveFreeGigs
Ini pesawat.
Ini booth local label
Ini apatt, rakan sekolah lama.
Apatt dan rakannya, fatynn. If bersanding macam ni mesti best, bukan?
Apatt and fatynn revisited
Inilah jumlah crowd gig free
Pesawat lagi
Lagi-lagi pesawat
Ini Duke, pemain gitar untuk band green love. Start kawan dengan aku selepas aku beri dia sekotak marlboro 20 milik mahbu.
Suasana hari raya.
Tak kenal.
Haziq dan shamie. Kawan sekolah juga.
Cokelat, rakan di plkn
Cokelat revisted
Cokelat dan frantic
fikri yusof, fikri firazan, cokelat.
Nah, amek boxer aku.
Seven mata steam
Pais, tuan kamera.
Penq dan arjuna.
random people, tak kenal
Inilah the times
The old line up
Mono bisik.
The new technology
Gig chicks, dari permas katanya.
Brader tuh ingat aku nak amek gambar dia.
The gig crew
The Guitarist
Ezhar, in black. Rakan di sekolah juga.
Baju baru the times
Mono the times.
Moon, the new guy
Irfan Iskandar, the drummer.
Flash fired.
Tuning.
Singing
Playing
Kaki dan gajet
Laila's Lounge
Keyboard
The Band
Bai, Laila's Lounge
Brader ni kerja kat Starbux Jusco Taman U.
Sayang sekali mereka telah dibubarkan.
Aku dan yen di depan stage untuk mengambil gambar.
*foto dari xfresh fm.
yg number 3 itu lynn.
Ini incik tapai
Ini nad, dia takut untuk ke tengah.
Setelah gig habis, aku dan rakanku farah bergegas ke city square. Kami berjalan kaki ke sana. Di sana aku berjumpa seven dan mahbu. Selepas berpusing-pusing, aku berjumpa dengan ijam. Beliau ajak aku amek gambar untuk band restraint. Band rakan beliau, katanya. Aku pulang ke rumah selepas itu. Selepas itu aku, papa dan mama hantar nurul di sekolahnya untuk beliau mengikuti rombongan ke genting.

Tukar lagu : Estrella - Foolish Senses

15 dec 08 Moanday
Rehat aja. Message dan texting rakan.

16 dec 08 Selasauh
Berjalan di city square, jumpa iman, diyana, myra, meia, rasul dan yuni. Tapi most of the time lepak dengan yuni, pusing dalam city square. Then kawan dia laki mana entah ambil dia kat baskin robin. Then aku lepak ngan diyana depan three point six. Then aku stay mph baca buku pasal shark. Sekarang kan tengah shark week kat discovery channel. Then jumpa ijam kat depan wong ah fook street. Dia ajak lepak kat kedai. Dia still insist ajak aku pergi jadi photog untuk band kawan dia tuh. Aku pulang dan berjumpa dengan pais dan mengambil gambar di rumahnya.

Tukar lagu : Butterfingers - Bebas

17 Dec 08 - Wetnestday
Sepatutnya hari ini keluar dengan diyana. Tapi dia cancel sebab tunggu adik aku pulang. Aku update blog dan terima call dari yuni yang dia cakap dia have fun semalam keluar dengan aku. Haissh.

*Aku akan keluar pada thursday, 18 dec 08//
Aku sayang kaw ib|is Kechil, walau apa yang kaw buat kat aku, aku tetap sayang kaw. Ayat bermaksud misteri.

9 comments:

shazzy :) said...

wah wah best siot :)

Nazly Mahyunni said...

wee..itu pic bnyk besh..the lombu stuff!

Amira Zafirah said...

entry sudah best, tp gambar lembu dan kambing dikorbankan, SPOIL MOOD dowww.
grrrr.

amirul iman said...

haha.

best dow,

Khadijah said...

Tyjah tak cantikkkk. Hahaha :D

YusofHaq said...

best gila rantai
rugi aku tak pergi haha
satu dua tiga mari jadi gila haha

Unknown said...

hurm..
a lot of thing..
pack schedule..
aku? hanye menatap binatang di hadapan aku yang bercahaya dengan lagu2 dari music player..
sedih sekali..

d said...

iejat nmpk mcm drugs dealer HAHA.

Anonymous said...

eyh2...
kt dlm gbr tue appat bdk johor tue en...
yg kwn dgn shafiq tue en..
link2 lg..
kechiknye dunie..