Sunday, August 10, 2008

erti saket kepala.

halwa telinga : the strokes - you only live once

Ini isu yang harus aku expressikan die muka go-blog aku nih. Beberapa masalah yg melanda jiwa. Masalah yang membebani kepala otak && kudrat aku. Perasaan aku terpaksa tempuhi segala jenis dan spesis masalah yang boleh membuat aku bunuh diri.

a) kewangan.

1. Bodoh duit mara tak masok lg. Aku janji nak bayar duit 400 iejat bile dpt itu duit. Skang nih sesen pun tak msok lg. Bodo nye mara. Buat aku susah je.

2. Weekly parent aku masokkan 100 jek. Gile sesak sial. Makan kat mfi pun dah mahal skang. Takkan aku nk makan maggi tiap hari. Maggi kat dorm pun dah puas aku hentam. Kesian lak kat peter sbb tuh sume maggi die.

3. Dahla duit tak cukup. Aku rase sejak aku masok kolej, aku dah start jadik hamba kat hotlink. 1/3 perbelanjaan kat topup je.

b) Kolej / ostel

1. Takde tamadun punye senior. Sket hal punye kecik pun nak jerit. Takde air jerit. Junior buat hal pun jerit. Junior sound sket dah melenting. Memang akal kecik punye orang. Aku tgk kolej punye hostel, tak ubah macam hostel sekolah.

2. Isu air yang kian menjadi-jadi. Alkisah ketiadaan air ini sudah sampai di pihak paparazzi. Last month itu kosmo paper dtg buat liputan pasal ketiadaan air di asrama. Hari-hari aku ngan dak dorm kene turun gi kat ground floor amek air pili bomba yang aku tak taw la bersih ke tak. Memula diorang interview la pelajar sume. Terok gak ostel kene ngentan ngan dak yg kne soal siasat tuh. Siap muka sensed lagi (aku lupe camne nk eja). Then 2,3 hari lpas tuh, si pengarah lak diorang interview. Pengarah yang bodoh bangang cover market menyangkal sume tuduhan dan tomahan yang hinggap kat kepala die tuh dgn menyatakan pihak mara telah menyediakan mcm tong utk emergency la kire nye. Kepala botak die. Aku sendirik gi tgk menatang tong tuh. Ade la dlm 2 tong besar tuh, tong nye nampak besar tp yg kuar sket je. Terang dan nyata air tuh memang tak cukup. Dahla aku tingkat 4. Nak kene turun bawah, then naik balik ngan baldi sarat ngan air tuh. Kang kalo tumpah kat mane-mane, ne la taw ade dak tergelincir ke nnti kan dah susah.

3. Dah taw isu air nih berat, nape diorang tak uruskan dulu? Sebok nak saman / kompaun orang je. Sebok nk carik kesalahan orang, silalah tonton masalah sendirik dan uruskan dahulu!

"itu warden kompaun angkat juga banyak,
itu paip punya air sedikit pun tarak mari.
hari-hari saya angkat itu baldi juga naik sama turun,
mandi itu air tadah pili bombay mari juga.
ammmaaa"

4. Time aku pergi orientasi dulu, sebok die ckp aku kene bersyukur ar sbb dpt kolej terbaik kat m'sia bla bla bla. Aku rase cam nak halakan je jari tengah aku kat muka pengarah. Sebok nak kompaun orang je lebeyh. Lecturer kelas management ngan accounts aku sampai skang dah hampir sebulan kat situ, still tak ade lagi. Takkan diorang expect kitorang nk study sendirik? Kitorang nih baru sem 1. Format pekse pun kitorang tak kenal lagi. Aku dah suruh mak aku aku call. Tapi mak aku ckp, call ini mara dah mcm call artis juga. Susah gile nak tembus talian. Isu nih bukan perkara yang boleh delay mcm kesah air. Sebab test sume kan ikot jadual. If kitorang tertinggal kelas, bukan nye boleh kitorang delay test tuh.

c) hati dan perasaan

1. Linda, perlu ke nk tipu perasaan lin lg? Nape msti nak pura-pura berbual ngan laki di tingkat bawah sedangkan di situ tiada orang. Perlu ke nk buat fiky jeles sampai camtuh sekali? Nape time fiky bual ngan hanim, mesti lin muncul dan buat-buat nak bual ngan orang di bwah sedangkan bwh takde org? takkan pasal tersalah beli coklat pun nak amukkan kat fikri? terus terang fiky ckp, fiky tak layak untuk mendapat hati Lin. Lin cantek, hawt sume. Fiky tiada apa apa yang buleh taruhkan untun menambat hati lin. Harap Lin maafkan fiky.

2. Afiq, kaw dah macam adek aku sendirik. Sume masalah kaw && aku kite share bersama kan? even aku takde kat dorm pun kaw dah risau. Skang nih psal air livita pun nak gado. Aku dah ckp ngan ko, beli livita, yang ko beli air soya tuh pehal? aduyaii. Takpela. Skang nih aku nk stay dorm pun dah rase serba salah. Nak tegur dak dorm pun susah.

3. Salomama, kite kan kawan je. Nape tiap kali jumpe fiky ngan gadis lain, mesti cakap fikri curang la, tak setia la, bla bla bla. Then time fiky belikan itu choc utk Hanim ngan lin, nape nak marah lak? diorang yg pesan. Orang tanye nak pape ke tak, ckp tkmo. Aduyai. Pening la :

Nih memang antara masalah penting yang harus aku carik jalan utk selesaikan. Aku dah tak larat nk hadapi sume ngan senyuman lagi. Aku harus penangankan juga masalah nih sume. Mummy, tlg baby ok?


7 comments:

nadiah anwar said...

a)kewangan
- memang menbeban kan. aku pun hadapi jugak.hehe

b)kolej/hostel
-senior memang macam tut..beria nak mampus!
-aku benci bila aku bangun pagi mau mandi, bukak paip dan air tidak terpancut keluar.uh!

c)hati dan perasaan
-aku cuma tertumpu kepada seorang iaitu ahmad mukhlis =)

jarja said...

hello fikri,
harap bersabar menghadapi dugaan ecehh haha.
masalah duit sume org alami
major problem skrg nie.
kolej mane u msk?

btw thanks link-ing ;DD

amirul iman said...

a) kewangan

- duet jpa baru masok... rm2580... bahagie... hak3... ari tu baru kuar ngan banci merayau2 kt seremban...

b) kolej/hostel

- kadang2 air kt kolej kuar lumpur... n seksyen 6 yg begitu kosong...

c) hati dan perasaan

- bahagie nak mampos! =)

Amira Zafirah said...

weyy, update laaaaaah ;D

amie said...

fikri !!
ur tagged

its amie :]

sha_nixira said...

1. kewangan.
kite serupa syg oi. meng fedup kan akuh je. at least yiyi dpt pinjaman. org xamik pon. tlambat amik ptptn. :p


2. kolej/hostel
syukurlah MMU xbegitu. MMU rocks la babe! senior sporting abes. hehe. the best what?? kolej terbaik kat m'sia??? mcm x je skang? hehe. aku bersyukur MMU gle gaban best. tp tu la. MMU = Money Making University. -_-"


3. isu air
ixora artment okeh aje! :p

eyqa myqa said...

berfalsafah ayat kau!
=]