Sunday, January 6, 2008

kugiran di sekolah :)

(Haziq, tanpanya lesu kelas ku)

Semuanya bermula dengan gurauan cikgu rahman yg ingin membikin gig khas untuk pelajar tingkatan 5 2007 di foyer sekolah selepas melihat aksi lucu && lucah ku di atas foyer bernyanyi sambil memegang microphone. Insiden itu berlaku selepas aku menjadi pengacara bagi majlis restu ilmu pelajar pmr. Aku yang serba kepenatan cuba menenangkan diri dengan menyanyi lagu di atas pentas. Gelagat comel aku & beberapa penyanyi latar yg ingin sama-sama mencari perhatian diperhatikan oleh cikgu rahman dari jauh. Beliau muncul di hadapan kami & memberi idea untuk mengadakan gig sebegitu rupa di sekolah. Hahaha, idea bernas dalam kata seertinya, gurauan indah cikgu rahman itu diambil serious oleh penyanyi-penyanyi latar aku. Aku yang masih khayal menjemput hujan turun dikejutkan dengan frasa yang tiba-tiba muncul dari cikgu rahman yg menyuruh kami untuk berbincang bersama dengan rakan kelas untuk menjayakan aktiviti itu. Setelah kata putus diberikan, 3 nov menjadi tarikh gemilang bagi acara tersebut. Pada mulanya, sambutan agak dingin dari pihak sekolah kerana ia melibatkan live band dari kalangan pelajar. Tetapi cikgu rahman membantu dengan menyatakan ia sebagai satu platform untuk pelajar menunjukkan bakat masing-masing dalam arena muzik. Dengan menetapkan harga tiket sebanyak Rm8 seorang, pihak pengurusan majlis, iaitu para pelajar tingakatan 5 juga, kami dapat menyewa peralatan muzik, membeli makanan dan hadiah peringatan kepada guru-guru. Tidak lupa juga kepada ibu bapa & guru-guru yang telah menyumbangkan wang ringgit bagi menjayakan majlis itu. Harap maaf, flyer yg aku buat untuk majlis ini dah hilang. Kalau ia masih ada bersama ku, aku nak tunjukkan juga. Dua, tiga hari sebelum acara, kugiran-kugiran yg ingin membuat persembahan memenuhi pusat-pusat jamming di sekitar taman Universiti. Sebagai latihan untuk hari persembahan. Semua kugiran ingin memberi persembahan yang paling mantap untuk guru-guru && rakan-rakan. Band aku juga tidak melepaskan peluang untuk beraksi di atas pentas. Ahli band ku :)

(razali, bassist)(pitit, Gitaris rancak)

(aku, si penyanyi kelab)(huzaifah, drum)

Tiket selesai dijual pada saat-saat akhir. Pihak pengurusan sudah memberi tahu, tiket terhad && dapatkan pada awal penjualan, tapi semua berdegil && aku dipersalahkan kerana hanya mencetak 123 keping tiket untuk dijual. Maaf ya bang. Mungkin harga tiket yang agak mahal bagi pelajar sekolah menjadi penyumbang statistik mengapa mereka membeli tiket pada saat-saat akhir. Pada tanggal 3 Nov yang indah. Semua Pelajar tingakatan 5 yg membeli tiket hadir. Pihak penganjur sebok menyiapkan tempat. Classmate aku bertanggungjawab untuk mentransformasikan kantin sekolah kepada sebuah pentas kecil. Tahniah Zul && Haziq. Mereka mempunyai daya kepimpinan yg amat tinggi.

(atas, Taukeh kedai instrument tune drum set)
(pitit juga mencuba nasib, jarang sekali beliau menyentuh drum)

Setelah semua bersedia, majlis dimulakan. Hanif yang selama ini sepi di dalam kelas, berjaya menambat hati penonton dengan celotehnya sebagai ketua penganjur. Tanpa melengahkan masa, kugiran ku naik ke pentas untuk memberikan persembahan. Di sambung dengan band lain. Selepas makan, acara cabutan bertuah dimulakan.


(aku beraksi di pentas bersama kugiran ku)

(yang bertudung putih itu guru matematik ku)


(ayuh, menjamu selera)


(dah kenyang, nak sambung show)


Pelajar & guru yang agak bertuah menggondol hadiah yang berupa keropok && air gas. Semua orang happy dan tersenyum sepanjang majlis.Keempat-empat band yang beraksi memberi persembahan yang amat mantap. Teringat tatkala ada kugiran ini, drum stik terlepas ketika drummer nya asyik mengetuk tong dram. Tiba-tiba suasana sepi dan semua orang ketawa terbahak-bahak melihat adegan itu :) Ouh ya, ni insiden yang paling aku marah. Pada hari sebelum majlis itu, pelajar perempuan tidak sudah-sudah menyuruh aku untuk membeli kek, aku dah bawa 3 biji kek ke sekolah. Namun semua orang lupakannya dan aku makan bersama ahli kugiran ku. Ouh gembira. Sorry, gambar yang dipaparkan agak kurang kerana saudara Se7en, jurufoto rasmi majlis sempat menghantar sedikit gambar sahaja. Terima Kasih kepada semua yang memberi komitmen yang amat tinggi dalam menjayakan majlis. Anda hebat, memang hebat.
(thnx to atok ijat, zul padi & se7en for such a great photography)
(bawah, kamilah ajk pengurusan majlis)
(sebelum pulang, tandatangan beramai-ramai)


.Alphabetical disorder.

1 comment:

a v a said...

cool gig :)
tawat kaw tak ckp kaw da jd frontman for a band?? =/
anyway, good luck bum bum!
-jgn lupa link me up.