Wednesday, July 1, 2009

bangi,season three

*maaf gambar separa lucah tiada dalam post kali ini.

Listen : Sweet As Revenge - My Sweey Lullaby.

intro, kptm the college i cursed the most.
Syukur, aku masih bernafas walaupun sekian hari aku mencari maut dengan kepulan-kepulan asap marlboro merah. Aku masih lagi mengekakalkan status sebagai pelajar kolej pakar tipu melayu bangi-ladesh. Aku kini menetap di rumah sewa seksyen 15, bandar baru bangi. Baju rockett aku juga sudah kembali ke pangkuan aku. Aku sudah bertekad dengan penuh semangat membara untuk mengambil 8 subjek sekali gus. Sudah malas untuk hold subjek lagi, sudah serik dengan kesempitan dada dan kesemakan kepala. Pada hari pendaftaran aku sudah dihadiahkan sehelai kertas kompaun yang aku langsung tidak terima pada semester 2. Namun kepenatan beratur aku dilepaskan kepada penjaga kaunter pendaftaran, puas aku maki hamun mereka. Sepanjang minggu pertama kolej aku tidak melakukan sebarang aktiviti sekadar ke kolej dan mencari rakan baru. Aku sudah memasuki beberapa kelas semester 1, dan aku agak terkejut mereka memanggil aku "abang", geli seyhh. Tetapi qyla busuk percaya cakap aku. Lantas qyla memakai banyak minyak wangi jenama paris hilton untuk menutup baunya itu. Qyla juga mengatakan jerawat di mukanya bertambah, tahniah sebab dapat jadi rakan sekelas aku. Maka setiap hari qyla akan memberi aku sebatang pen baru.

Nightline, chill lepak.
Aku sudah berguru dengan seorang pakar shisha untuk menyediakan shisha sendirik di rumah. Untuk menghabiskan shisha yang aku buat, aku memaksa teman serumah aku untuk menjadi bahan uji kaji aku sebagai tukang rasa shisha yang aku buat, *gelak kejam. Jika aku tiada di rumah, aku lepak bersama nadia skandal dan rakan-rakan mereka. Suka gelak ketawa bersama mereka. Nadia suka buli aku, sebab aku sayang beliau aku layan je dia. Wani suka ambil telefon aku dan mengambil sendiri dan cuba memenuhkan memory card aku dengan muka beliau. Aiza pula busy memanjang dan juga suka mengambil gambar sendiri. Aku juga sudah mewarnakan rambut aku di bahagian ekor dan warna maroon yang aku pilih telah dicadangkan oleh nadia, again nadia lagi. *gelak kejam lagi. Nadia sayang Lokman bukan aku *nadia sedang mendengar lagu sambil menyanyi di sebelah aku. Nampaknya malam-malam nadia akan dodoi aku. Untuk mengetahui siapa nadia, sila rujuk post sebelum ini, bukan NADIAH ANWAR.


Kill Kill Kill, bad news.
Onitsuka tiger zodiac mexico 66 tidak akan memasuki pasaran malaysia, so harapan ah aku nak dapat sepasang. *nangis teresak-esak. Telefon aku semakin nazak, dah nyawa-nyawa ayam lepas kene sembelih. Tuan punya kedai handphone itu tidak mahu membaiki telefon itu kerana pelekat warranty sudah dikoyakkan. *nangis banjir sudah. Loan mara aku sudah habis lagi, maka tiada nafkah untuk isteri-isteri ku, harap maaf. *senyum terus.


Listen: The 5,6,7s - Kill Bill Theme
Shout: Yana, i am really really sorry sebab dah lama tidak gayut dengan you.

Apoloqy, biskut appolo.
Rakan-rakan, harap anda semua faham dengan jadual ketat seksi meksi aku. Jika berkesempatan aku kembali beraksi di ranjang blog dan myspace. Jika berkesempatan, sila hantar pesanan ringkas kepada aku.
Sekian, kesian dan terima kasih. *sifat pemalas aku dah kembali.

3 comments:

Amira Zafirah said...

yee, name aku tak sebot langsung.
sape pungot kau mase register new sem,
sape pungot kau mase first day sem 3.

ye. aku tak sentap.

amirul iman said...

utk komen di atas:

hahaha. ni la dia.

Nazly Mahyunni said...

damn rindu kamoo dari jauh..