Sunday, October 16, 2011

weapon arsenal

Camera
Sony α-230 DSLR
Canon SX30 IS

Lenses
DT 18-55mm f3.5-5.6 sam kit lens
DT 50mm f1.8 sam
Minolta Maxxum 24mm f/2.8 wide angle lens

Flashgun
HVL-F20AM Sony flash gun
YONGNUO Digital YN462 flash gun

Filter
Kenko 55mm UV filter

Tripod
Tripod Digieye TR 6000

Camera Bags
Sony Camera Bag
Crumpler

Extra
LED Torchlight
Soft Pack Marlboro

My photo collections are available for viewing on my facebook & flickr photostream
Feel free to arrange a session with me.
FKRYFRNTC
0122265526

Thursday, June 9, 2011

Suriana Hani Roslan


Kehadapan Suriana Hani Roslan,

Sudah lama kanda ingin mengutus surat ini kepada dinda namun kanda tiada masa kerana pelbagai urusan yang harus kanda selesaikan, namun kanda tidak pernah melupakan dinda walau sesaat.

Dindaku,
Masihkan dinda ingat titik awal pengenalan kita? Gurauan kanda untuk mempelawa dinda menonton filem orang putih di pusat bandar dan dinda teruja dengan ajakan kanda. Kita keluar cuma sebagai rakan biasa. Namun hati kanda sudah terpaut kepada dinda. Tiada ungkapan yang lebih sesuai untuk menggambarkan kecantikan pada diri dinda. Yang sebenarnya, kanda sudah lama jatuh hati pada dinda. Cuma masa tidak mengizinkan kita kerana tatkala itu, kanda berpunya, sama juga seperti dinda. Kanda menunggu waktu yang sesuai, dan ia datang dengan izin darinya. Ya, kanda sedar siapa kanda, jauh sekali darjat kita berdua. Terus terang kanda katakan bahawasanya, amat sukar untuk menambat hati dinda. Namun segalanya berubah juga, sesuatu yang bakal perjalanan hidup kanda. Tanggal empat februari yang indah, dinda mengungkap kata cinta kepada kanda. Kanda amat terharu berkat usaha berterusan kanda, dapat juga kita bersama. Kanda berharap agar perhubungan kita tiada penghujungnya dan kekal abadi sehingga akhir hayat.

Yang mencintaimu,
Fikri Frantic
Kanda cinta pada mu dindaku.

Monday, May 10, 2010

Bangi Seksyen 15

Belum seminggu aku meninggalkan pekan Bangi, aku sudah rindu akan tilam busuk aku. Siapa agaknya yang baring di atasnya malam ini. Terpaksa aku menahan keinginan untuk makan nasi beriyani gam lauk ayam merah di petang hari. Oya juga dah jarang mesej.

Saturday, March 20, 2010

old,dirty & filthty me.

(Aku adalah fikrisaurus, aku makan budak-budak)
Currently Listening to: Greta Knights - New World Order
Blog Update Request: Anisz Alexus (Saya peminat nombor 1 beliau, dan beliau peminat nombor 1 blog saya)


1. Fragile bones.
Ya, aku sudah berumur 20 tahun. Namun aku masih mencari-cari diriku yang berusia 20-an ini, adakah aku seperti yang kau sangkakan? adakah aku cukup bersedia untuk menempuh hidup aku lagi? bolehkan aku meninggalkan dunia kebelasan aku yang lepas? banyak persoalan yang harus aku jawab sebelum aku betul-betul bersedia untuk bertindak. Aku perlu mencari penawar agar kaki aku mampu belari semula seperti dulu.

2. Birthday.
Aku perasan perubahan yang berlaku ke atas rakan-rakan serumah aku pada hari sebelum hari jadi aku. Namun aku sepeti tidak paham apa yang berlaku dan berharap agar pesta baling telur seperti tahun lepas tidak berlaku lagi. Aku cuma mampu untuk hidup seperti kehidupan seharian aku dan menjawab beberapa panggilan rakan-rakan dan bapa aku yang wish pada malam itu. Tiba-tiba, Kak sue membuka pintu rumah dan membawa kek ke dalam rumah sambiil diiringi rakan serumah yang lain. Ketika itu perasaan terharu menyelubungi diri aku dan aku hampir mengalirkan air mata gembira kerana kasih dan sayang mereka. Setelah proses makan kek selesai, aku diberi hadiah dari rakan serumah berbentuk teddy, minnie mouse, stokin, sekotak Lucky Strike dan sekotak protecting rubber. Esoknya di kulej, ada juga rakan-rakan yang wish. Sekali lagi aku berterimakasih kepada yang tegur aku pagi itu. Tidak lupa juga pada gadis yang minta aku update blog ini. Beliau juga wish semasa bertembung dengan aku di perpustakaan kolej. Pada malam hari, oya pula datang ke rumah bersama loqman dan nadia untuk menghantar cupcakes. Aku sangat gembira aku susah untuk makannya. Air mata aku berlinangan sewaktu aku menaip ini. Aku sedar siapa aku. Aku sedar apa yang telah aku lakukan terhadap mereka yang terlibat. Namun, mereka yang aku hampakan ini adalah orang yang paling membahagiakan hari jadi aku.

Nama aku badak, dan umur aku 99 tahun.
Lucky Strike, toasted.
fossil watch, wishlit num 6
wishlit ke empat. terima kasih oya akakku sayang.

3. 14 Mac 2010
Aku pulang ke melaka untuk berjumpa makteh aku. Namun, disebabkan menjadi anak kesayanygan makteh, makteh membelikan sebiji lagi kek untuk aku. Maka akulah orang paling power dalam bumi ini kerana menerima 27 biji kek pada harijadi aku. HAHAHAHAHAH x)









4. Outro Terimakasih kerana sudi membaca dan terimakasih kerana selalu membaca. Aku sayang kau.

Friday, February 19, 2010

Birthday wishlist

Semua orang tahu aku memang gedik. Jadi, sila-silalah tunaikan permintaan aku yang bakal menjangkau usia 20 pada 10 mac ini. Hahahaha. Ini sahaja aku minta, tidak banyak mana pun x)

1. Camera: The Holga 120
Holga, comel bukan?





4. Cupcakes: LV cupcakes by Amira Chaos
Pada usia aku 19 tahun aku terima 30 biji kuih cawan ini.


5. Tshirt: Rockett!
Aku mahu sehelai rockett baru, peduli apa aku!

6. Watch, College: Fossil
Kemungkinan besar aku akan dapat ini sebelum hari jadi aku. Dah ada orang nak belikan x)

7. Last shout.
Mungkin usia aku sudah hampir 20, tetapi permintaan aku menunjukkan aku masih berjiwa remaja. Selamat kembali ke kolej.

Tuesday, February 16, 2010

Retreat! retreat!

Cucuk telinga: Alexisonfire - Born And Raised

Teenage years: End
Aku hampir meninggalkan usia belasan tahun aku

Betul, aku hampir menjangkau usia 20. Sudah pelbagai pengalaman dan pemerhatian manusia sekeliling yang telah aku lakukan sepanjang usia aku ini. Aku meminta maaf kerana meninggalkan dunia blogging ini menumpukan sepenuh perhatian aku kepada kehidupan aku seharian. Namun, aku telah kembali untuk beraksi di sini.

College : Time and Table
Seperti semester lepas, jadual aku disusun rapi oleh Kak Sue comel. Tahun ini aku masih menggunakan khidmat beliau dalam penyusunan jadual aku lagi. Walaupun ade gongak gongak namun aku masih boleh co-op kerana masa yang ada boleh aku luahkan dengan kawan-kawan. Oh ya, semeter ini aku mengambil 7 subjek sekali lagi. Arab 2, English(kertas ulangan), Microeconomics(kertas ulangan), Finance, Insurance, Communication for Business dan Cost accounting. Aku harap kawan-kawan dapat membantu aku memperbaiki prestasi aku pada semester ini.

College: Reconcile
Aku masih dalam tempoh untuk berbaik semula dengan rakan-rakan aku setelah kesilapan besar yang telah aku lakukan kepada mereka. Aku sedar akan kehilangan mereka memberi impak dan kesan yang mendalam dalam hidup aku. Aku perlukan mereka kembali untuk bergelak ketawa dengan aku. Namun aku masih memerlukan masa untuk berbaik dengan mereka. So i'm here, alone and cold just like in a belly of a shark.

Financial: Mara
BOLEH TIDAK KAU MASUK TEPAT PADA WAKTUNYA? Aku benci kau, tapi aku cinta kau. hahha

Inventory: Shoes! Shoes! Shoes is out!
Atas sebab macbeth tidak lagi menghasilkan model yang menarik, aku berhenti untuk memakai macbeth kerana pada usia ini tidak lagi sesuai untuk aku memakai sneakers. Aku perlu kelihatan seperti orang yang berada dalam dunia perniagaan, (aku masih tidak percaya aku menulis ayat itu). Aku bercadang untuk membeli vest untuk sesi interview aku nanti. Kemungkinan aku juga ingin membeli seutas jam tangan baru yang bukan digunakan untuk bersukan, percayalah. Fossil maybe?
yuni, my best shoe hunting partner x)

Holidays: Friends and family
Setelah sekian lama bertapak di bangi, aku bercadang untuk bercuti dan berehat sebentar disamping rakan-rakan dan keluarga. Aku bermalam di melaka dahulu dan berpusing-pusing sekitar melaka bersama makteh dan suaminya. Mereka membawa aku bermain boling, makan, makan, dan makan lagi. Pada hari ahad aku pulang ke johor bersama wan, atok, makteh dan suaminya. Mereka bercadang ke rumah aku untuk menyabut hari kelahiran adik aku, dayana yang telah menjangkau usia 5 tahun pada 14 feb. Akhirnya dapat juga aku lepak bersama encik mahbu yang telah menyepikan diri di Kuala Lumpur. Walaupun tidak jauh dengan aku di bangi, tetapi aku paham beliau agak sebok di sana. Aku juga dapat untuk mengeluarkan sedikit masa untuk makan sushi di sushi king bersama Seven dan Pitit.
Semua sayang makteh lebih.
Dayana, lima tahun x)

Cucuk Telinga : The Bloody Beetroots - Cornelius

Music: New Wave maybe?
Aku perlukan pembaharuan dari segi muzik yang aku dengar. Aku sudah bosan dengar orang menjerit. Aku mahu sesuatu yang baru. Tolong bagi aku cadangan.

Outro:
Oya, aku sayang kau :)

Dan akan tetap sayang kau.

Friday, October 23, 2009

Seminggu

"i'm sick of always playing dead", Set it Straight - Playing Dead.

Minggu ini adalah minggu yang paling menekankan hidup aku. Kesihatan aku juga menjadi dinding penghalang aku untuk belajar.

Kerja-kerja untuk markah tambahan:
Ujian Lisan & Bertulis Bahasa Arab : Selesai
Lakonan & persembahan kretif Bahasa Arab : Selesai
Karangan Bebas Bahasa Inggeris : Selesai
Ujian, Kuiz Matematik : Selesai, penuh bergaya
Ujian Kemahiran Asas Bola Baling : Selesai
Pertandingan Bola Baling : Selesai, Juara BM111 Semester 3/Julai 2009
Perbicaraan Mahkamah Pelajar : Selesai, dibenarkan mengambil peperiksaan akhir.

*Aku masih belum mengambil ujian management, nasib baik pensyarah aku baik beliau memberi peluang aku untuk mengambilnya pada hari Isnin, 26 Oktober pada jam 1:00 petang. Diminta rakan-rakan untuk mengingatkan aku jika aku terlupa.

Ini jadual peperiksaan Akhir Semester aku, jangan ajak aku keluar pada tarikh berkenaan.

1. Jumaat, 30 Oktober 2009, 8:30 Pagi : BEL 311 (English)
2. Rabu, 4 November 2009, 9:00 Pagi : MGT 162 (Management, kertas ulangan)
3. Jumaat, 6 November 2009, 8:30 Pagi : CTU 241 (Ekonomi Islam)
4. Isnin, 9 November 2009, 9:00 Pagi : MAT 140 (Matematik, kertas ulangan)
5. Khamis, 12 November 2009, 8:30 Pagi : ECO 162 (Microeconomics, pasti gagal)
*Aku sudah memotong rambut aku pendek lagi kemas untuk peperiksaan akhir tahun, sesiapa yang ingin bergelak ketawa sila lihat rambut aku. Diharap aku tidak menerima apa-apa lagi kertas saman pada semester ini.

Doakan kejayaan aku, dunia dan akhirat. Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha x)

Sunday, August 30, 2009

akhirnya

sudah lama baki akaun aku tidak melebihi 3 digit. hahahaha.

Wednesday, August 26, 2009

Recently.

Listen : White Shoes & The Couples Company - Senja.

1. The Fucking Thief.

Babi, *mencarut sebentar. Selepas komputer riba zaf yang disimpan di bilik Sabri hilang diambil orang, kini rumah zaf pula dimasuki pencuri tangan gatal. Laptop kedua zaf dan dua orang rakannya diambil orang. Hantu punya pencuri. Kejadian berlaku pada hari pertama puasa. Masa itu aku, sabri, afiq dan zaf baru pulang berbuka bersama keluarga zaf. Tiba-tiba teman serumah zaf menelefon zaf untuk memberitahu tentang kisah itu. Lantas kami bergegas ke balai polis untuk membuat laporan tentang kejadian tersebut. Aku berharap rakan-rakan lain yang tinggal di rumah sewa akan lebih berwaspada selepas ini supaya kejadian yang sama tidak berulang.
kesian ini makhluk ajaib, sebulan dua kali pergi balai


*aku bersama si tidak bersalah.

2. Aiza's partttyyy.
Terimakasih sebab invite kadi pergi. Sumpah kadi kenyang puas hati dapat makan banyak kambing ngan ayam. Burp Burp Burppp. Gembira juga sebab dapat spend time ngan lokman & nadia. Ampun ya cik aiza, lokman tidak memberi keizinan kepada kadi untuk membeli hadiah. Marah lokman tau.


invitation card x)

Lokman pun ada juga


happy birthday to you, happy birthday to you.

mereka heroin aku.



Ini yang semua orang dapat apabila kadi mabuk


I'm fucking need you like the air i'm fucking breathe


hehe, sudah kene ikat.
Wanie paksa kadi ambil gambar dengan beliau.

Ini kekasih Aqilah.

Semua lawan nak dapat title superhero Aiza.

Lim dah pandai meniaga buntut x)


3. Kemahuan di pagi raya
Aku mahu ini sahaja. Lain tidak mahu. Boleh lah boleh lah. Jika sesiapa belikan aku kasut ini, nescaya aku akan berhenti merokok dan akan ke kelas pada setiap hari, percayalah. Harganya aku tidak pasti, tapi aku mahu juga walau apa cara sekalipun.






Nike : ATMOS x AIR MAX
3. Iman ouh iman
Ini iman, beliau sudah diberikan sebiji Mexico 66 Oleh gadis beliau dan beliau minta aku meletakkan gambar beliau di blog ini.
Mexico 66 Original Stripe, tidak ori sila campak ke longkang.

4. Siti Najwa Anak Azman.
Sumpah kadi rindu kamu, sila pulang ke shah alam secepat mungkin. Nanti boleh berbuka bersama seperti semester 1 dahulu.
wa, i missed everytime we hugged each other.

5. Outro
Esok aku ada ujian matematik yang sepatutnya aku sudah lulus semasa semester 1. Doakan aku berjaya dengan cemerlang, terimakasih kerana sudi membaca.

Salam Ramadhan Rakan-rakan.

*papa tiada plan untuk membeli baju raya pada tahun ini, sekali lagi aku memakai baju melayu coklat yang sudah aku pakai dari tingkatan empat.

Selamat berpuasa, semoga bulan ramadhan ini memberi seribu satu makna. Hadapai segala godaan nafsu dengan tabah, berbukalah dengan kesederhanaan dan selamat makan malam kepada yang tidak berpuasa. Maaf zahir batin.

Friday, July 17, 2009

No roses, No skies.

Mama baba, god knows how much i missed home

blog update request : Amira Chaos, congrats sebab dah dapat recruit anak ikan baru. I like! I like!
Listen : Robot Asmara - Mimpi
Issue #1 : Selamat Hari Orang Tua
Faruq dan Oya sudah menjangkau usia 19 tahun juga akhirnya. Sudah besar panjang mereka akhirnya. Tapi oya macam tu lagi, tidak besar lagi. Hahaha, *hanya aku dan anak-anak mak je tahu apa. Aku pun agak kekaburan nak bagi apa untuk birthday mereka sebab pada hujung semester lepas aku telah membelikan oya sepasang Macbeth Newman, sehelai tshirt logo macbeth dan sehelai boxer katak pada beberapa hari sebelum hari jadi beliau. Faruq juga mahukan sepasang macbeth untuk hadiah hari jadinya, tapi kene ah tunggu dulu sebab macbeth aku pun dia dah pakai so susah aku nak mohon kasut baru. Hehehe, kawan-kawan mintak, apa salahnya. Maka, aku yang sudah kekurangan wang cuma dapat membelikan mereka berdua sepotong kek seorang. Untuk oya aku belikan blueberry cheese cake dan untuk faruq, aku belikan chocolate apa entah susah sangat nak eja dan sebatang rokok dunhill dengan ucapan selamat hari jadi dan mak dan anak-anak. Terimakasih juga pada faruq kerana tidak mengajak aku dan Sabri yang telah beberapa kali mengutip kau di johor masa kau bosan untuk hadir ke majlis hari jadi kau. Tidak mengapa, aku ngan Sabri sentiasa sayang dan memahami kau, tot.


Oya, aku sayang kau dan akan terus menyayangi kau.

Faruq dah tua tapi bontotnya makin mengecil dan faruq mempunyai vokal yang terbaik semasa menyanyikan lagu happy birthday to me nya.

Issue #2 : Handphone ku sayang.

Sadis aku ingin bercerita tentangnya, Nokia 6500 yang telah sekian lama berkhidamat kepadaku sudah mahu nazak. Aku ingin bawanya berjumpa dukun dan bomoh untuk berubat. Rakan-rakan menyarankan aku supaya aku menjual telefon tersebut untuk membeli telefon baru. Sumpah, aku tidak akan jual babyku itu. Kemungkinan aku akan menambah lagi sebuah selepas semua hutang aku pada rakan-rakan selesai. E71? W705i? 3310? pilih je boss.

Issue #3 : Duit, Duit & Duit lagi.

Aku perlukan wang, dengan kuantiti yang sangat banyak. Cukup untuk membeli sebiji jet pejuang pun cukuplah. *merepek meraban juga aku ini. Aku perlu membayar bil telefon, duit buku, duit sewa, duit makan minum dan nafkah untuk isteri bini juga. Sekali sekali teringin untuk membawa rakan-rakan serumah dan sekolej untuk makan di tempat luar biasa mahalnya. Sumpah dengan kawan-kawan aku tidak pernah berkira.

Issue #4 : Kolej Tercinta

Aku agak panas hati terbakar dengan sistem pendaftaran baru yang agak menyusahkan itu. Ramai pelajar terkandas di bilik gerakan untuk menguruskan jadual mereka kerana kali ini kolej telah mewujudkan sistem yang agak kurang ajar lecehnya. Kami pelajar uitm, dan kenapa pihak kptm pula yang perlu buat sistem sebegitu? di sistem uitm semua mudah tapi pihak kptm yang buat semua orang pening.

Issue #5 : Amira & Loqman

Amira dan loqman merupakan rakan baik aku dari semester 1, susah dan senang kami masih bersama lagi. Mereka berdua selalu membantu aku dan sentiasa mendorong aku untuk berjaya. Gaduh macam mana pun, kami tetap baik juga. Aku agak sedih kerana aku ditempatkan ke seksyen 9 dan aku keseorangan di dalam kelas itu. Aku perlukan lagi masa untuk berbaik dengan rakan kelas baru aku. Aku rindu masa kitorang gelak-gelak bahan rakan sekelas bersama, selalunya amira dan loqman akan kejut aku setiap pagi dan menunggu aku di depan pagar hostel namun sekarang tiada lagi kerana masing-masing sudah ada jadual dan kelas lain. Sudah lama kami bertiga tidak ke Rasa Alamanda untuk menikmati makan tengahari kami. Walau apa pun yang terjadi, aku akan pastikan persahabatan aku, mira dan loqman tidak akan pudar.
If there's a story to tell, it's all about our friendship


*aku menangis di dalam kelas, namun tiada siapa yang tahu.

Issue #6 : Junior ouh junior


Kolej aku sentiasa menerima kedatangan pelajar baru dari semua pelosok bumi malaysia ini. Macam-macam jenis pemakaian yang keluar sepanjang pemerhatian aku dalam beberapa hari lepas. Ada yang ayu, sopan, menjolok mata lagi menaikkan nafsu pun ada. Wahai adik-adik, silalah pakai mengikut etika, nanti kene kompaun baru tahu. Sumpah aneh-aneh je. Ada yang macam pelayan bar, pekerja Jusco, stripper pun ada gak, percaya cakap aku.



Issue #7 : Outro

Aku lapar, belum sempat makan lagi. Tiada siapa mahu menyuapkan aku. Terima kasih kerana sudi membaca.